
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani. Haa Mim. Turunnya Al-Quran ini daripada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. Yang Mengampunkan dosa, dan yang menerima taubat, yang berta azabNya, yang melimpah-limpah kurniaNya, tiada Tuhan melainkan Dia, kepadaNyalah tempat kembali."
(Al-Mukmin:1-3)
(Al-Mukmin:1-3)
Assalammualaikum wbt
Esok genap 17 hari umat Islam di Malaysia menunaikan rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya dapat menjalani ibadah puasa ini sebaik mungkin. Setakat ini kesihatan saya masih baik untuk meneruskan ibadah ini. Begitu juga dengan ahli keluarga saya yang lain. Thanks Lord!
Esok juga merupakan tarikh penting dalam Islam iaitu 17 Ramadhan merupakan hari di mana Al-Quran telah diturunkan kepada manusia melalui kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Al-Quran merupakan wahyu Allah dan peninggalan Rasulullah yang akan kekal memberi panduan kepada umat manusia sehingga hari Kiamat. Di dalamnya terkandung 114 surah yang merangkumi 6236 ayat. Al-Quran adalah suluh hidup yang mencakupi garis panduan hidup di dunia dan akhirat, kisah para nabi dan solehin, hukum-hukum, suruhan, larangan dan pelbagai persoalan yang wajib diselami dan dihayati oleh setiap insan yang bergelar Muslim. (Taken from Indahnya Hidup Bersyariat-Ismail Kamus)
Ganjaran membaca Al-Quran amat besar. Bagi sesiapan yang membaca Al-Quran maka Allah selamatkannya dari seksaan api neraka dan Allah tingkatkan kedudukannya bersama Malaikat. Oleh itu, jadikanlah amalan membaca Al-Quran ini sebagai satu kewajiban. Saya menyampaikan seruan ini kepada diri saya sendiri dan seluruh manusia yang bergelar Muslim. Di samping membaca Al-Quran, rajin-rajinkanlah diri untuk merujuk kepada Tafsir. Membaca dan memahami maksudnya, akan lebih bermakna berbanding dengan hanya bacaan semata-mata.
Doa saya, semoga saudara saudari Muslim sekalian dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan dapat memanfaatkan bulan Ramadhan ini untuk mempertingkatkan bacaan Al-Quran, muhasabah diri dan memperbanyakkan sedekah jariah. Begitu juga dengan diri saya.
Yakinlah pada Yang Maha Penyayang
N_F_J
16 Ramadhan 1430H
No comments:
Post a Comment