August 18, 2010

So Long and Farewell Ravi...

Assalammualaikum...

16 Ogos 2010, 6 Ramadhan 1431H
1.25p.m.
Lokasi : 1M6, SMK Kamunting

Fatin : Students, try to solve all the questions. I'll be around if you need me.
Ng Sai Ngoh : Cikgu...
Fatin : Yes. Ada apa?
Ng Sai Ngoh : Cikgu, sudah tau ka, itu Ravikumar 1M4 sudah MATI...?
Fatin : (Terkejut)... Eh, betul ke? Pihak sekolah tak maklumkan apa2 pun pada saya.
Ng Sai Ngoh : Betul cikgu. Puspa kata dia minum kopi, kemudian dia mati.
Fatin : Takkanlah minum kopi boleh mati... Hmmm... nanti saya tanya pihak sekolah.
Puspa : Betul cikgu... dia mati semalam. Hari ini mau tanam.
Fatin : (Terdiam) Sambung keja awak tu. Saya ke pejabat sekejap.

Tatkala kaki saya melangkah ke pejabat, fikiran saya bercelaru dan terganggu dengan kata2 pelajar saya sebentar tadi.

" Betul ke? Ish, tak logik minum kopi boleh mati..."

" Macam betul... muka Puspa dan Ng tadi, memang bersungguh2 meyakinkan saya "

Setelah tiba di pejabat,

Fatin : Betul ke ada seorang pelajar India meninggal semalam?
Miss Jeya : Ye betul... Dia masuk hospital hari Jumaat dan meninggal hari ahad.
Fatin : Ya Allah ... Ravi ... (saya terdiam)

--------------------------------------------------------------------------
5 BULAN LALU...

Fatin : Ravi, mana buku nota awak?
Ravi : Sudah hilang cikgu...
Fatin : Dah hilang beli yang baru.
Ravi : Mana ada duit mau beli.
Fatin : Minta la pada ayah awak, cakap nak beli buku.
Ravi : (diam)

waktu rehat........

Dari jauh kelihatan Ravikumar berdiri di sebelah Makmal Komputer bersendirian. Entah apa yang dia lakukan pada waktu rehat ni. Sepatutnya, dia berada di kantin, menikmati juadah pada petang itu. Saya terus menghayunkan langkah menuju ke Makmal Komputer, kerana mahu menyiapkan minit mesyuarat Geografi.

Fatin : Ravi, awak buat apa di sini? Tak pergi kantin, makan?
Ravi : Tak cikgu...
Fatin : Dah makan di rumah ke?
Ravi : Sudah cikgu.
Fatin : Tak lapar ke? Dah lama di sekolah ni...
Ravi : Lapar cikgu. Tapi mana ada duit mau beli... (dia tunduk)

* Saya tersentak dengan jawapan yang keluar daripada Ravi. Patutlah saya jarang nampak Ravi di kantin bersama2 rakan2nya yang lain. Rupa2nya...dia tiada duit... "Ya Allah, kesiannya..." Segera saya menyelongkar beg tangan saya ketika itu. Di dalam dompet hanya ada sekeping not 50 dan wang syiling. "Hmmm... RM50, banyak sangat nak bagi pada pelajar." Lalu saya, kira satu persatu wang syiling sehingga cukup seringgit. Saya hulurkan wang tersebut pada Ravi...

Fatin : Ravi, ambil duit ni. Pergi makan ye.

Ravi : Eh, cikgu...tak apa, tak apa, saya tak mau... (menggeleng2kan kepalanya)

Fatin : Ambil la Ravi... Masa rehat dah nak abis ni... nanti tak sempat makan.

Ravi : Cikgu jangan ini macam... tak pa, tak pa... ambil balik

Fatin : (saya pegang tangannya dan wang itu saya letakkan di atas telapak tangannya, dia terkejut) Ravi, pergi makan. Nanti kalau awak pengsan, saya jugak yang susah kan?

Ravi : (terdiam) Baik cikgu... Terima kasih cikgu. (kegembiraan terpancar dari raut wajahnya)

Ravi terus berlari menuju ke kantin dan membeli makanan... saya tersenyum melihatnya dari kejauhan... memang dia lapar, bisik hati saya. Menyesalnya marah dia tadi.


Esoknya,

Fatin : Nah, buku nota yang baru.
Ravi : Terima kasih cikgu.
Fatin : Jangan hilangkan. Kalau hilang lagi, saya tak ganti dah.
Ravi : Baik cikgu. (Cepat2 dia menuliskan namanya di kulit depan buku nota tersebut)


-----------------------------------------------------------------------
4 BULAN LALU

Fatin : Ravi, tadi Tuan Pengetua beritahu, sesiapa yang memerlukan bantuan cermin mata, boleh minta daripada Tuan Pengetua. Ada kedai cermin mata yang nak bantu.

Ravi : Mau cikgu, saya mau cikgu... (tersenyum dan mengangguk-anggukan kepalanya)

Fatin : Saya tak tanya lagi awak dah setuju? (saya tersenyum)

Ravi : (tersengih)

Fatin : Nanti saya tanya Tuan Pengetua, macam mana prosedurnya.

Ravi : Ok cikgu... (terus berlari mendapatkan kawan2nya...agaknya menceritakan perkhabaran gembira tersebut)

-------------------------------------------------------------------------
3 BULAN YANG LALU...

Ravi : Cikgu, bila mau angkat itu cermin mata?

Fatin : Cikgu sibuk sekarang ni. Nanti bila cikgu lapang, cikgu bawa Ravi pergi buat cermin mata ye.

Ravi : Ok cikgu... (senyum)

-------------------------------------------------------------------------
2 BULAN YANG LALU...

Ravi : Cikgu, bila mau pergi?

Fatin : Ala Ravi, sekarang tengah Peperiksaan Pertengahan Tahun... Lepas periksa la ye.

Ravi : (menganggukkan kepala)

-----------------------------------------------------------------------------

15 Ogos 2010 yang lalu...

Ravi telah pergi selama-lamanya bertemu Penciptanya... Tiada lagi pertanyaan dari Ravi...

"Ya Allah, betapa kesalnya diriku kerana tidak mampu memenuhi permintaan anak murid yang sekecil itu. Dia begitu mendambakannya, tetapi aku langsung tidak ambil berat..."

"Ya Rahman, kenapa lah diriku ini terlalu sibuk dengan urusan sendiri... sehingga mengabaikan anak didikku..."

"Ya Allah, tak dapat aku gambarkan betapa pedihnya menelan racun kebenaran, Ravi sudah tiada lagi di samping ku dan anak-anak yang lain di 1M4..."

"Ya Rahim, sungguh berat dan hebat wake-up call dariMu ini. Kau sedarkan diriku dari kesibukan yang bersifat mementingkan diri sendiri, Kau bangunkan ku dari mimpi yang tak berpenghujung dan Kau cuit hatiku agar lebih cuba memahami orang di sekelilingku...."

"Ya Allah, aku terima ini sebagai tanda kasih sayang daripadaMu kepadaku. Aku sedar, perancanganMu Maha Hebat daripada perancanganKu... Bantulah aku Ya Allah, dalam memperbaiki diri ini agar menjadi yang lebih baik daripada diri sekarang. Titipkanlah penawar kepada kesedihan ini, Ya Allah...agar luka yang dalam ini sembuh...."

amin...ya rabbal a'lamin

I am so sorry, Ravi

So Long and Farewell,

RAVIKUMAR a/l RAVICHANDRAN



August 11, 2010

August 6, 2010

BerMuLaNya sebuah PerHuBuNgaN

Assalammualaikum...

Dua minggu yang lalu, Encik Redwan dan Puan Halimah bertandang ke ru
mah untuk mengenali keluarga saya...

Seminggu yang lalu, pertemuan pertama saya dengan si dia dan keluarganya
dan.....

Hujung minggu ini, saya bakal menerima kunjungan ayah dan bonda Saudara Ahmad Solhi ke rumah saya ...... sekali lagi
=)
...............................................................................................................................................

Pantasnya masa berlalu. Saya tidak sedar bila masanya saya bersetuju dengan semua ini. Saya hanya mendiamkan diri atau mencari ayat2 melepaskan diri sepanjang proses ini berlaku. Betul la kot, Diam Tandanya Setuju.... hehehe. Saya tidak bangun istikharah atau solat hajat di malam hari. Saya bukannya insan yang rajin bangun pagi untuk solat sunat. Itu kelemahan saya. Cuma apa yang mampu saya lakukan, saya berdoa setiap kali usai solat 5 waktu saya. Doa saya kepada Allah, jika inilah penentuan dariNya, saya terima dengan redha. Permudahkan segala urusan saya dan bimbinglah hati, fikiran dan perbuatan saya ke jalan yang Allah redhai...

Segala-galanya berlaku dengan mudah dan lancar. Jika difikirkan, hal-hal perkahwinan ini banyak rencananya. Walaupun sudah bercinta bertahun2, bila nak cerita bab kahwin, belum tentu mudah. Bukan niat saya untuk mengatakan semua yang bercinta itu susah mendirikan masjid. Tidak. Bagi saya, perancangan yang Allah aturkan untuk saya, amat mudah dan lancar walaupun saya baru mengenali si dia. Dalam bahasa Inggeris...smooth... Kedua-dua ibu bapa saya pula dengan senang hati dapat menerima si dia dan keluarganya. Mungkin Allah melorongkan petunjuk melalui abah dan mama, b
ukan melalui saya. Subhanallah. Tiada yang lebih menggembirakan bagi seorang anak, melainkan kegembiraan dan keredhaan kedua orang tuanya. =)

Bagi diri saya pula, saya senang untuk menerima si dia dan keluarganya. Mereka datang dengan cara yang baik dan meminta de
ngan cara yang baik. Apa lagi yang saya mahukan??? Takut memang ada, tetapi tidak setakut masa awal2 dulu. Bila dah berpeluang berbual dengan si dia, hati saya lega. Itu sudah cukup untuk saya cuba membuka hati saya dan menerima si dia dalam hidup saya. Tak kenal banyak pada masa ini pun tidak mengapa. "Insya Allah, saya akan bercinta selepas nikah nanti, lebih manis dan bahagia" bisik hati saya. Cabaran bagi saya adalah untuk cuba mencari keserasian. Dan saya berdoa agar Allah permudahkan bahagian itu juga. Insya Allah...


Ahad, 23 MEI 2010, 3.57 p.m.

Saat Puan Halimah menyarungkan cincin tand
a ke jari manis saya, getarannya terus dirasai hingga ke jantung saya. Rasa lega, rasa gembira, rasa sayu ....

Lega... kerana perjanjian sudah dimeterai antara keluarga si dia dengan keluarga saya. Tak perlulah melarikan diri lagi selepas i
ni. Menerima cincin tanda ini bermakna saya bersetuju dengan pinangan ini dan sesiapa pun tidak boleh mempertikaikan kerelaan dan keikhlasan saya menerima si dia.

Gembira... Uik, mesti gembira pabila diri ini disunting si jejaka. Gembira juga kerana fasa pertama menuju perkahwinan sudah dilalui. Bata dan simen untuk mendirikan masjid sudah disediakan. Lepas ni, fikir untuk tanam tiang seri dan cerucuk masjid plak... =) {kalau tak faham....buat2 faham ye...ayat bermetafora sket}

Sayu ... mengenangkan selangkah kaki saya telah keluar daripada tanggungjawab mama dan abah... 24 tahun lebih ditatang bagai minyak yang penuh oleh mama dan abah... sampai masa, diri ini bakal dipertanggungjawabkan kepada insan bernama suami. Abah dan mama telah menjalankan amanah Allah dengan cukup sempurna kerana telah mendidik dan menumpahkan kasih sayang kepada saya... terima kasih Abah, terima kasih Mama... Semoga kasih sayang ini berpanjangan dan bakal suami saya dapat menyayangi saya seperti mana kedua-dua ibu dan bapa saya...Amiiinnnn....

"Ya Allah, permudahkan perancangan keluargaku dan diriku...."

Satu-satunya gambar pada hari kejadian =)


August 3, 2010

PANGGILAN PERTAMA

19 Mei 2010

"Assalammualaikum..."

Itulah perkataan pertama yang keluar daripada si dia. Penuh sopan si dia mengungkapkan salam dan mukadimah pada malam itu. Nada suaranya normal dan susunan kata mudah saya fahami. Alhamdulillah... Syukur kepada Allah kerana si dia adalah normal, tak la bisu. hehehe

Pertama kali bercakap dalam telefon dengan si dia, banyak perkara yang dibincangkan. Perihal diri masing2, keluarga, pelajaran dan kerja. Tidak terkecuali hal-hal berkaitan Silat Cekak. Keselesaan berbual wujud dengan sendirinya... Allah permudahkan segalanya.... Alhamdulillah

Fatin : Fatin nak tanya, persetujuan untuk meneruskan perhubungan ini datang daripada siapa?
Solhi : Saya, mak dan abah.
Fatin : Ok (alhamdulillah... dia bukan kena paksa untuk kahwin... hehehe)
Solhi : Cik fatin pulak, sudikah menjadi isteri saya? or bolehkah saya jadi your Mr. Right?
Fatin : (eh,eh...kantoi, tengok FB fatin... hehehe) (Romantik gak) Hmmmmm.... Fatin tak boleh jawab sekarang, bagi fatin masa boleh? Solhi sanggup tunggu?
Solhi : Insya Allah, saya tunggu...
Fatin : (lega...buat ayat melepaskan diri lagi)

Itu je yang kami bincang tentang perkahwinan... masing2 malu nak tanya and berbual tentang hal tersebut... hehehe.... After 1 jam 40 minit berbual, kami berhenti... cukup2 la, telinga dah panas and lenguh tengkuk bergayut... hehehehe

Perasaan? Dalam Hati Ada Taman! =)

Kesimpulan : Hati saya sudah tersentuh dengan keserasian dalam perbualan kami tadi. Time si dia bertanya mengenai kesudian saya menjadi isterinya, rasa terharu kerana bukan senang bagi seorang lelaki untuk mengungkapkan kata-kata tersebut jika dia tidak yakin dengan keputusan dan pendiriannya itu. Si dia sememangnya sudah bersedia untuk mendirikan masjid... tetapi, di dalam hati masih lagi ragu2... bagaimanakah si dia boleh bersetuju dalam kadar yang sangat cepat, sedangkan kami baru berjumpa sekali. Itu pun tidak bercakap mahupun bertentang mata. Ish... tak baik sebenarnya untuk meragui keikhlasan si dia memperisterikan saya, tetapi, saya ada hak untuk berfikiran sedemikian. Ye la, bagi mereka yang bercintan cintun, mungkin senang untuk membuat keputusan dalam hal berkahwin. Kenal dah lama, bercinta pun dah lama. Segala-galanya tentang pasangan sudah diketahui... Tetapi, dalam kes saya ni... bukan kata perangai dan sikap, muka si dia pun saya tak berapa nak ingat... hehehe... si dia pulak, tak tahu saya ni macam mana perangainya... hmmmm... susahnye....

Mama : Macam mana atin?
Fatin : Ok je sembang tadi.
Mama : Pi la jumpa. Tak sama bercakap dalam telefon dan bercakap secara live.
Fatin : Hmmmm.... tengok lah dulu
Mama : Atin buatla keputusan elok2... mama ikut atin sebab atin yang nak kahwin. Tapi bagi mama, dia dan keluarga dia dah cukup elok untuk atin. Depa datang dengan cara yang baik dan bertanya dengan cara yang baik. Insya allah segalanya akan baik.
Fatin : Nanti atin fikir....
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jumaat

Balik je daripada sekolah petang, abah and mama dah siap tunggu kat rumah. Abah minta saya duduk.

Abah : Atin, macam mana? En. Redwan nak datang hujung minggu ni, nak hantar tanda.
Fatin : Cepatnye! Atin takda apa2 keputusan lagi ni.
Mama : La... tak bincang dengan Solhi?
Fatin : Hari tu sekali je sembang. Bincang pasal kahwin, sikit je... Ingatkan nak kenal2 dulu. Alih2 terus nak hantar tanda. Ish...serius ke ni? Solhi tak da cakap apa2 pun hari tu.
Abah : Depa ni memang dah berkenan kat hang sangat! (senyum)
Mama : Mama terima je... Atin la, kot2 tak berkenan.
Fatin : (sape kate saya tak berkenan... hahaha) .... cepat sangat la...
Abah : Macam ni la, kita terima la pinangan depa tu. Abah setuju kalau dikira dari segi diri orang tu dan keluarga dia. Cuma yang lain2 seperti nak faham dan lebih kenal dengan dia, terpulang pada atin. Pandai2 la kenal dengan dia. Perlahan2... dan andai kata tak temui rasa serasi dan suka tu, kita cakap la elok2 dengan depa nanti. Hantar tanda ni tak bermakna kita kena teruskan ke peringkat seterusnya, jika kita tak nak sambung. Cuba la dulu...
Fatin : hmmmm.... insya allah (susahnye.... )
Abah : Atin pun dah nak masuk 25 tahun. Tepat timing untuk kahwin tu... Depa datang pun timing yang betul. Memang la dalam perkahwinan ni banyak cabaran. Kadang2 baik, kadang2 gaduh. Takut, memang takut. Tapi kalau tak hadapi, sampai bila2 pun tak kahwin la jawabnya. Abah tau atin pun, bukan jenis cintan-cintun ni dan sekarang pun bukan ada boyfriend. Abah setuju dengan cara atin, jadi bila depa datang macam ni, abah rasa lega. Sebab abah akan serahkan atin pada keluarga dan orang yang baik2. Insya allah, solhi ialah jodoh atin.
Fatin : (sebak la plak, abah cakap camni...isk2) Terima kasih abah and mama.
Mama : Esok kita bincang, apa nak cakap dengan depa hujung minggu ni. Bertunang, mas kahwin dan nikah.
Fatin : OK...
Abah : Dah azan tu...

* Itulah antara isi2 perbualan saya dengan abah and mama. Muka depa memang berseri2 bila cakap pasal hal ini. Tak pernah happy macam tu. Agaknya, sebelum ni, tengok saya Lone Ranger memanjang, menimbulkan rasa risau kot2 saya tak kahwin. Tapi bila ada orang masuk meminang, hati depa lega.... hahahaha. Abah and mama dah setuju. Yang di sana pun setuju. Cik Fatin?

+ nak fikir apa lagi fatin, terima je
- ishhh... fatin tak sedia ni....macam mana nak jadi isteri?
+ kalau nak tunggu sedia 100%, jadi andartu la nanti
- ingat senang ke nak hidup dengan orang lain, adik beradik pun dok bertekak je...huhuhu
+ memang la kawin dengan orang lain, mane leh kawin adik beradik... hahaha
- keluarga dia memang baik, si dia...rase2 baik jugak kot
+ Insya Allah...Tidak menderhaka kepada guru, ibu dan bapa...itu dah comfirm...=)
-
tapi, bukan ke dulu fatin tak nak calon dari Penang, cikgu, Silat and suka memancing?
+
Perancangan Allah Maha Hebat daripada perancangan diri sendiri Fatin....Subhanallah
- takutnye...ape nak buat ni?
+ berserah je la pada Yang Maha Esa, fatin

Bersambung....