July 16, 2010

Inikah jalanku?

Assalammualaikum...

Setelah rombongan pulang pada petang itu, mama and abah bertanya kepada saya...

Abah : Macam mana atin?
Fatin : (diam... tak tau nak jawab apa)
Mama : Mama tengok orangnye.... ape ke namenye... solihin?
Fatin and Abah : SOLHI....
Mama : Ha, solhi... Mama tengok Solhi tu elok je orangnye. Family dia pun ok.
Abah : Macam mana atin?

Saya terdiam. Tak tahu apa nak dijawab..... banyak perkara bermain2 dalam fikiran.

1. Bersediakah saya menjadi isteri?
2. Tak kenal dengan si dia, boleh ke hidup bersama?
3. Macam mana dengan calon seorang lagi?
4. Si dia nak ke pada kita?
5. Boleh ke nak membuka hati yang telah lama tertutup ini?
6. CINTA??? Ish...

Fatin : Atin fikir dulu abah ....
(jawapan melepaskan diri)
-----------------------------------------------------------------------------------------
17 Mei 2010

Majlis Sambutan Hari Guru berjalan lancar dan sempurna. Tetapi tidak selancar fikiran saya ketika itu. Masih lagi terbayang2 pertemuan dengan keluarga En Redwan dan juga pertanyaan abah. Jasad je yang bergerak, fikiran melayang entah ke mana. Hari pertama selepas pertemuan, tiada tanda2 si dia mahu berbincang dan sewaktu dengannya... so, anggapan saya, " Dia tak berminat kot. Entah2 hari tu kena paksa datang ke rumah"

18 Mei 2010

Usai solat subuh, mama muncul di pintu kamar saya. Mama memberitahu bahawa keluarga Ahmad Solhi setuju untuk memanjangkan perhubungan ini. Saya terdiam. Kata mama, mereka nak datang hantar tanda hujung minggu ni. Saya terkedu pulak.

Fatin : Keputusan setuju tu datang dari siapa? Puan Halimah? En. Redwan? Solhi?
Mama : Tak tahu la. Hang telefon la Solhi, tanya dia.
Fatin : Mana ada no phone dia...
Mama : Astaghfirullah... korang berdua ni tak pernah cakap dalam telefon ke?
Fatin : Mana pernah, ahad hari tu la first time jumpa. Suara dia pun atin tak tau.
Mama : Ish2... takpe. Nanti mama suruh abah kasi no phone atin kat En. Redwan and minta En. Redwan suruh Solhi call atin... budak2 ni la....

----------------------------------------------------------------------
Petang tu, abah called saya, menyatakan hasrat pihak sebelah sana. Saya kata pada abah, malam ni kalau Solhi call, kami akan bincang tentang perkara ini...

kalau dia call.... kalau tak?


July 10, 2010

Pandangan Pertama

16 Mei 2010

Setelah
2 minggu berlawan kata dan emosi dengan Kak Mihah dan diri sendiri, maka tibalah masa untuk bersua muka buat pertama kalinya dengan si dia. Perasaan??? Banyak dan bercelaru. Bercampur aduk, macam orang buat acar timun. Ada timun, ada nenas, ada sos, ada cuka dan ada kacang. Hehehe... Pagi ahad tu, masih boleh senyum2 takut... Bila masuk zohor, dah jadi senyum2 kelat and masuk je asar dah pucat lesi... =P.

Sebelum tetamu datang, saya sempat membantu mama menyiapkan hidangan untuk petang tu. Ala kadar sahaja hidangannya, bihun Singapore and air teh panas. Harap2 depa suka =) Dikna and afiq tolong2 kemas umah. Tak banyak yang nak dikemas because baru je minggu sebelumnya depa dah datang... hehehe (cepat kan?)

5.15 petang, hari yang sama

Usai solat asar, saya bersiap seadanya... Baju kurung color ungu, merangkap baju konvo saya dan tudung ungu yang bersaiz M (selalu pakai saiz S)... hehehe. Bedak asas and lip balm. Itu je. Tak da hati pun nak beria2 bersolek. Biar depa tengok muka takda make up, supaya depa tidak rasa tertipu di kemudian hari. =)
Dah selesai bersiap, saya duduk di birai katil... mengenang kembali usikan pertama Kak Mihah. Terlalu pantas segalanya. Walaupun perkara ini mengganggu fikiran dan emosi saya, tetapi saya merasakan bahawa inilah pengalaman manis yang tidak mungkin saya lupakan. Jadi atau tidak, itu perkara kedua. Yang penting, pengalaman sudah saya perolehi daripada proses ini. Mahu atau tidak, seseorang wanita itu akan melalui detik2 sebegini kerana ia adalah satu proses ke fasa yang seterusnya dalam hidup. Bak kata Amani, sahabat saya "Tak pa atin, jangan takut2. Sekurang2nya hang dah ada pengalaman tentang perkara ni." Baiknya seorang sahabat memandu saya ke arah yang positif. Alhamdulillah....
"Kalau jadi, macam mana?" tiba2 saya terfikir akan kemungkinan tersebut. "Bersediakah saya meninggalkan abah, mama, dikna and afiq? Bersediakah saya menjadi isteri? Bersediakah saya menjadi menantu dan ipar? Bersediakah saya menjadi ibu?"..... Saya terdiam sambil membelek2 gambar family dalam handphone. "Ya Allah, Kau telah memberikan 25tahun yang indah bersama keluargaku. Alhamdulillah..." Air mata menitis tanpa saya sedari.


5.40 petang


Bunyi enjin kereta mematikan lamunan saya. Cepat2 saya melihat ke luar tingkap. Ya...tetamu sudah selamat tiba. Saya bangun dan terus mencapai tisu, membersihkan sisa2 air mata. Saya lihat mama masih lagi bersiap. Abah dan dikna sudah bersedia menjemput tetamu masuk ke rumah.

DUB, DAB, DUB, DAB ...
tangan dan kaki sudah sejuk. Hanya bibir saja yang mampu berzikir, memohon ihsan daripada Allah supaya memberikan ketenangan kepada diri ini.

Abah : Atin, marilah keluar. Abah nak kenalkan atin dengan depa.
Atin : Sekejap, tunggu mama dulu.
Mama : Ok, jom.

"Assalammualaikum..."

Itulah perkataan pertama yang mampu keluar daripada mulut saya ketika kaki melangkah ke ruang tamu. Penuh ruang tamu rumah saya petang itu. Rombongan terdiri daripada En. Redwan, Pn Halimah, Ahmad Solhi, Ahmad Al-Zubir dan nenda kepada Ahmad Solhi. Setelah berbalas salam dengan nenda dan Pn Halimah, saya terus duduk di sofa yang paling hujung. Pandangan masih difokuskan kepada abah. Tak sempat nak menjeling dan sewaktu dengannya.

Perbualan berlangsung...

Saya? duduk macam batu... tak cakap apa2 dan tak pandang mana2 pun.
Dok belek2 hujung tudung, belek2 jari... apa yang depa sembangkan pun saya tak tau. Muka rasa panas, tangan and kaki rasa kebas, segala2nya macam freeze masa tu. huhuhu

2 minit ... tak dengar pun suara si dia. Bisu ke?
4 minit ... gagap ke?
5 minit ... atau dia tak datang?

"hmmm... tak bleh jadi... kena berani untuk menjeling ni"

Bismillahirrahmanirrahim... saya angkat kepala sedikit demi sedikit dan terlihatlah oleh saya, wajah empunya diri yang bernama Ahmad Solhi bin Redwan.
My comment? "Dalam FB lain, live lain" hahaha...
Dari jauh, memang cukup sifatnya. =) Alhamdulillah
Nasib baik, masa saya menjeling tu, pandangan mata kami tidak bertemu.
Kalau tidak, wa...kantoi kaw2 punye, jeling anak teruna orang... =P

Setelah berpuas hati dalam 10 saat.. saya pun bangun perlahan2, meninggalkan ruang tamu yang terasa sesak itu. "Menyorok kat dapur orait gak ni." =P
Sampai dapur, bukannye boleh menyorok. Kena layan Dikna la plak...adoi

Dikna : Hensemnya...dalam FB biasa je. Tapi hari ni, nampak dia cerah dan hensem.
Fatin : Amboi, lebih nampak... cakap tu perlahan2 sikit ye... hehehe
Dikna : hahahaha
Fatin : Yang hang ni pi pakai t-shirt and track ni kenapa? tak reti nak pakai baju kurung?
Dikna : Please, ni bukan majlis Dikna k.. ni majlis kaktin... hahaha
Fatin : Pulak....

Petang tu, Kak Mihah, mak kak Mihah and 'Izzul datang juga. 'Izzul la penyelamat bagi perasaan gemuruh saya ni. Melayan 'Izzul membuatkan diri saya leka dan tidak pedulikan perbincangan yang berlangsung di ruang tamu.

Sedar2, tetamu dah habis makan... (ek, bila masa depa makan? hahaha)

Tiba masa pulang, Puan Halimah perlahan2 mendekati mama. Saya tidak dengar apa yang diperkatakan olehnya. Tetapi saya faham apa yang dibincangkan setelah mama berkata, "Saya tak kisah. Yang penting depa berdua yang akan buat keputusan. Kita hanya buat apa yang patut, yang lain2 terserah pada fatin dan solhi..." abah pun mengiyakan...

Sah... perihal perkahwinan.

Saya hanya mampu tersenyum pada masa itu...... runsing atau gembira? =P

to be continue.....

July 9, 2010

Halfway.....

Assalammualaikum,

citer saya disambung lagi...

12 Mei 2010

Malam tu, mama bagitau pada saya, yg Encik Redwan telefon abah and setuju nak datang ke rumah hujung minggu tersebut. Ya ALLAH, memang hebat penangan pertemuan minggu lepas... sampai terbawak2 episod seterusnya pada minggu ni pulak. Adoi, tak tahu la macam mana nak gambarkan perasaan saya pada masa tu. Bercelaru sangat2... huhuhu... mama rileks and senyum je. Katanya, jumpa la dulu, then baru wat keputusan. Ala...mama senang la cakap camtu because bukan mama yang kena... huhuhu.... Tak sangka, begitu cepat mereka nak datang sekali lagi. Kali ni siap nak bawak yang empunya diri. Memang macam citer dolu2... Si dara tak pernah bertemu si teruna... hatta, bercakap pun tak pernah... tup2 nak memunculkan diri di rumah saya. Ish2...kenapa la nak cepat2 sangat?????

Hari dalam minggu yang sama.....

Kak Mihah : Fatin jom pi tengok gambaq dia kat FB... tengok dulu gambaq dia. Nanti tak la terkejut sangat.
Fatin : Tak mau la... biar terkejut... pengsan pun lagi bagus hujung minggu ni. hahaha
Kak Mihah : Ada ka cakap macam tu... Jom la...

*Kami berdua pun menapak la menuju ke Makmal Komputer. Sampai je, login and terus taip "Ahmad Solhi" .... jeng, jeng, jeng.... keluar la profil sang teruna. hahaha... Belek2 gambar dalam 10 minit and my comment were "Ok la orangnye, tak la nampak macam umur 33 tahun pun..." That's it... full stop. Takda la rasa tertarik, menarik kau memang de bomb pun... hahaha. Biase2 je perasaan time tu... tak berdebar2 dan sewaktu dengannya pun. Macam manusia takda perasaan. hahaha. Tetapi, satu perkara yang berjaya menjentik hati saya. Rupa2nya, si dia ialah seorang ahli Silat Cekak Malaysia juga. Wow, jauh2 pusing, part tu yang menjadi titik pertemuannya... =) Hidup Cekak!

Sepanjang minggu tersebut, memang agak terganggu. Terfikir2, apa la yang bakal berlaku pada perjumpaan pertama dengan si dia. Kawan2 bagi kata2 semangat. Thank you so much my dear friends... My sis, dikna terkejut bila diberitahu tentang apa yang bakal berlaku hujung minggu tersebut. Banyak soalan keluar, macam peluru sesat daripada machine gun... hehehe. Dikna memang banyak tanya. Tetapi pertanyaan dikna tu, tak banyak yang dapat saya jawab. Saya sendiri kurang mengenali si dia. Jadi persoalan tentang si dia saya biarkan tanpa jawapan. =)

15 Mei 2010

Fatin : Amani, nak pakai baju ape esok?
Amani : Pakai la baju kurung. Sopan skit...
Fatin : Ikutkan, nak pakai jeans je... boleh tak?
Amani : Ish... dah mula la tu....
------------------------------------------------------------------------------
Fatin : Kak Mihah, esok pakai jeans leh tak?
Kak Mihah : Hang toksah nak wat pasal... pakai la baju kurung and tudung ariani yang labuh sket. Jangan la pakai tudung singkat hang tu... hahaha
Fatin : Eiii....suka hati la nak pakai tudung mcm mana pun.
-----------------------------------------------------------------------------

Malamnya....

Ya Allah, permudahkanlah segala-galanya yang telah Kau rencanakan dalam hidupku. Jadikanlah pertemuan ini sebagai satu pertemuan yang Kau redhai dan berkati. Jika Kau telah menetapkan ini adalah yang terbaik untukku, aku redha dan berikanlah petunjuk Mu kepadaku. Ya Allah, jika Kau takdirkan yang sebaliknya, berilah jua petunjuk Mu kepadaku agar aku tidak membuat satu keputusan yang salah dalam hidupku. Bantulah aku Ya Allah, dan tenangkanlah hati ku ini. Kepada Mu aku bermohon dan kepada Mu aku berserah.... AMIN.....

*** Dalam dok risau tu, tidoq tetap lena seperti biasa....=P


11.57pm...11.58pm...11.59pm...12.00am....

16 Mei 2010, Ahad
HAPPY TEACHER'S DAY!

Alhamdulillah, tahun kedua saya menyambut Hari Guru dan ia juga bakal menjadi tarikh istimewa yang akan saya kenang selama2nya.............

To be continue...



July 8, 2010

Permulaan Satu .................

Assalammualaikum,

Dua bulan yg lalu,

Kak Mihah : Fatin, akak nak kenalkan fatin dengan anak sepupu akak, nak tak? Ayah akak yang recommend fatin untuk anak depa.
Fatin : Ha??? Biar betul??? Tak nak la....
Kak Mihah : Ala fatin, depa dah tengok FB fatin, and sepupu akak tu nak sangat mai tengok fatin dalam jangka masa terdekat ni... boleh la ek? Depa mai sekolah?
Fatin : HAA??? Kak mihah jangan buat kerja gila. Kalau betul depa nak datang tengok fatin kat sekolah, fatin nak lari menyorok kat mana2 bilik kat sekolah ni... huhuhu
Kak Mihah : la... jangan le gitu... hahaha

* Itu merupakan perbualan saya bersama seorang sahabat merangkap rakan sekerja, Puan Samihah Rezali a.k.a Kak Mihah. Saya kenal dengan Kak Mihah ni dah nak dekat 2 tahun la. Kami sama2 orang baru dalam keluarga SMK Kamunting. 2 yang rapat, sekali dengan Amani and Kak Hana Ulya. Rapat punya rapat, tak sangka, Allah melorongkan satu asbab yang bakal mengubah title persahabatan menjadi persaudaraan. =)

seterusnya....

pagi, 9 Me1 2010

* Telefon rumah berdering

Fatin : Sapa la plak mengacau orang nak layan TV ni? ... (angkat gak telefon)
Kak Mihah : Fatin, buat ape hari ni? Free tak petang ni?
Fatin : (kak mihah ni, takde keje lain la ni, comfirm nak ajak pi Tupperware) Tak de buat ape pun hari ni and petang ni. Kenapa?
Kak Mihah : Ha, bagus. Petang ni sepupu akak nak mai umah fatin. Nak jumpa fatin and family. Depa mai suami isteri, anaknya tak ikut.
Fatin : (rasa macam nak pengsan =P) HAAAA??? Kak Mihah, kenapa buat fatin macam ni? huhuhu... Adoi, saje je tau. Ni nak cakap apa dengan mama and abah ni? Apa yang nak sembang dengan depa nanti?
Kak Mihah : Ala, kenal2 la dengan depa. Sembang2 biasa je. Kak Mihah and mak datang gak sekali. Bagitau je la kat mama and abah fatin, ada orang mai nak tengok fatin.
Fatin : Adoi, eiiii geramnye. Ok la, mai la (dengan hati yang tak rela)

petang, 9 Mei 2010

Pertemuan pertama keluarga saya dengan Puan Halimah and Encik Redwan berlangsung dalam suasana yang biasa2 je. Abah and mama yang bercakap. Saya senyap je... First, GEMURUH. Second, tak tau nak cakap ape... hahaha. Baik diam, senang. Yang lawaknye, abah banyak interview suami Kak Mihah yang kebetulan turut hadir. Kesian dia ..... (sorry ye, bagi pihak abah) After depa balik, saya rasa lega. Sebab, first, everything berjalan lancar and second, tak bincang langsung pasal kahwin dan sewaktu dengannya... =P hahaha

Isnin....

Pergi sekolah macam biasa hari tu... tiba2 Kak Mihah tanya, " Macam mana fatin? Depa kata depa dah berkenan nak jadikan menantu..." Terdiam dan terkesima Cik Nurfatin Jamaludin. HAA??? Sudah.... tak abis lagi rupanya. Ingatkan abis on that day je..... Rasa cam nak lari sembunyi bawah batu or dok atas pokok je.... tengah2 berkira nak lari kat mana2 yang patut, terkeluar la ayat melepaskan diri "Bagi nombor phone abah fatin kat depa, bincang dengan abah" YES!!, terlepas daripada nak cari jawapan kepada pertanyaan awal tadi.... hahaha.... Tapi pada masa tu, saya tak sedar, sebenarnya, itulah permulaan kepada segala-galanya........

Nasihat : Jangan bagi no phone pada orang sesuka hati ye.....

Permulaan segala-galanya????

To be continue........................