March 31, 2011

Langkawi oh Langkawi

Assalammualaikum

CRK dah apply... tup2 trip to Langkawi this weekend canceled, due to bad weather condition.
Kak Ros ada cakap, ribut teruk kat Kuala Perlis. Laut bergelora.
Petang tadi Miss Nita wat confirmation ~ Kawasan utara terjejas teruk so need to cancel the trip.

Perasaan? Frust because memang dah plan elok2.
Tapi, Puan Fatin terlupa juga bahawasanya;

"Manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segala2nya"


Takpe la tak dapat pi Langkawi this weekend. The plan still on, cuma tunggu masa dan tarikh lain yang sesuai. Suami memujuk;

"Tak lari la, Langkawi tu. Tak dapat pi Pulau Langkawi, dapat pi Pulau Pinang jadi la"

Betul juga ye. Tak perlu layan gundah gulana tak dapat ketemu suami untuk 2 minggu.
Minggu ni dapat spent masa dengan suami... Best!

~ I miss you like crazy ~


March 8, 2011

Saat Bersamamu

Assalammualaikum...

Minggu ini pelajar2 SMK Kamunting telah mula memerah otak untuk menjawab soalan2 dalam Ujian 1 2011. Pelajar2 sesi pagi telah memulakan ujian pada Isnin, 7 Mac manakala pelajar2 sesi petang akan memulakan ujian pada esok hari, 9 Mac 2011. Selamat berjaya diucapkan kepada semua pelajar SMK Kamunting terutamanya kepada kelas 1RKA, 1P3, 1M2 dan 1M6. Semoga segala yang kalian pelajari selama ini dapat dimanfaatkan dalam ujian ini. Ujian bukanlah untuk menentukan gred tetapi ia menjurus kepada menguji tahap kefahaman pelajar terhadap pelajaran. Di samping itu, guru2 dapat membuat refleksi kendiri sama ada pengajarannya berkesan atau tidak. hehehe... nasihat untuk diri sendiri sebenarnya.

~ Bismillahirrahmanirrahim ~

Minggu ini juga merupakan minggu akhir persekolahan sebelum pelajar2 dan guru2 bercuti pertengahan penggal I 2011. Tak sabar untuk cuti. 2 tahun sebelum ini tak begitu excited sebab time cuti sekolah saya akan kebosanan di rumah. Kalau ada fulus, ha...baru lah berjalan2 ke tempat2 peranginan. Berbeza dengan cuti tahun ni, ini lah masanya untuk menghabiskan masa dengan suami tercinta. 3 bulan kami bergilir2 travel antara BM ke Taiping, penat rasanya. 2 hari tak cukup untuk manja2 dengan suami... hehehe. So, cuti ni, dapatlah berdua2 untuk masa yang lebih panjang. Bagi saya, tak perlu pergi melancong or jalan jauh2 or buat aktiviti2 luarbiasa. Pergi ke tempat yang BIASA, melakukan aktiviti BIASA dengan seseorang yang dicintai & disayangi, ia akan menjadi LUARBIASA. Tak sabar menunggu hari Jumaat... Can't wait to be with you my dear!

Hujung minggu yang lalu,

Solhi : Fatin, petang nanti jom pi taman tasik. Nak naik angsa l
a... (senyum)
Fatin : La... masih ingat lagi ke...hehehe. Ye la, kalau tak hujan kita pi ye...
Solhi : (sengih) Ok...

Petang tu, ditakdirkan tidak hujan. Mendung saja. Saya, suami and adik keluar la ke taman tasik taiping. Memang excited. Kata suami, kita pi dating, kayuh angsa. Wah2...sebelum kawin tak dating, so sekarang dating kasi puas ati...hahaha. Adik tak naik angsa, sekad
ar duduk di tepi tasik. Dengan bayaran RM10, kami diberi masa 30 minit untuk mengayuh angsa sekitar tasik tersebut. Saya fikirkan mudah untuk mengayuh angsa, rupa2nya, fuh...sangat meletihkan. Susah sebenarnya nak menggerakkan angsa tersebut. Nasib baik la naik dengan suami (lelaki)...kalau naik dengan perempuan, lagi letih. 30 minit kami manfaatkan sebaik2nya. Seperti biasa, suami masih setia dengan DSLRnya. Banyak juga gambar yang suami snap.


Setelah berpeluh2 mengayuh angsa, kami menuju ke gerai makanan di belakang Balai Bomba Taiping. Teringin nak makan ABC, kata saya pada suami. Suami tersenyum. Faham sangat dengan perangai isterinya... Semasa kami tiba di gerai tersebut, ramai yang memenuhi meja di situ. Mungkin mereka juga seperti kami, selepas berekreasi di taman tasik, singgah untuk membasahkan tekak. hehehe. Suasana di situ memang happening la. Gerai2 Yong tau foo membarisi bahagian luar gerai, manakala bahagian dalam gerai dipenuhi oleh gerai yang menjual sate, minuman dan makanan goreng. Yong tau foo kat sini memang best (bagi saya la). Banyak pilihan. Harga pun ok.... Mula2 sampai tergoda juga dengan pemandangan sotong tergantung...tapi dapat juga tahan keinginan tu...hahaha. Kami hanya order, ABC dan satay...memang best! Yummy2...

Satay ayam & perut ~ 1 cucuk 60sen

Adik yang hampir juga tergoda dgn YTF...hehehe

Petang tu, memang romantik, best dan bermakna! Terima kasih untuk suamiku atas saat2 bahagia bersamamu.

~ I love you with all my heart ~

P/S : Hargailah masa bersama insan2 yang kita sayangi, kerana masa yang berlalu tidak dapat diputarkan kembali.