Alhamdulillah, walaupun sudah lama meninggalkan blog ini, hari ini tergerak hati untuk membuka blog ini semula. Kuasa Allah, tiada yang mampu menandinginya. Kali terakhir saya post blog adalah pada September 2009. Sekarang sudah Jun 2010. Jangka masa yang panjang, penuh dengan kesibukan tugas dan perjalanan hidup.
Pejam, celik, pejam, celik... tahun 2010 merupakan tahun ke-2 saya berkhidmat sebagai pendidik di SMK Kamunting. Pahit manis sepanjang masa itu, banyak meninggalkan kesan dalam kehidupan saya. Di SMKK, saya mengenali beberapa insan yang cukup baik, banyak membantu dan sama2 ketawa dan menangis bersama2. Sahabat saya, Puan Nur Amani merupakan individu pertama yang menyaksikan tumpahnya air mata seorang guru bernama Nurfatin. Peristiwa itu, Allah panjangkan kepada persahabatan yang erat antara kami berdua. Allah beri ujian kepada saya dan dalam ujian itu, Nur Amani muncul sebagai penenang hati dan pendamping bagi menghilangkan kekusutan. Dia insan istimewa. Sentiasa ada tak kira masa susah atau senang. Banyak perkara yang dilalui bersama dan 98% adalah masa2 yang happy dan penuh tawa. Terima kasih dan semoga Allah membalas segala kebaikkanmu. Amiiin...
MY SCHOOL
Bebanan kerja memang memenatkan. Tetapi, pabila diri sudah berjanji untuk menjadi seorang pendidik, semua itu harus dilalui dan diterima dengan hati yang terbuka. Tahun 2010, masih lagi mengajar Matematik dan Geografi. Cuma bezanya, tahun ini ajar Matematik untuk Tingkatan 1 sahaja dan tambah 2 kelas PJK. hmmmm....PJK? Interesting... Tak ada pengalaman mengajar PJK sebenarnya, tetapi bila dah diberi amanah ni, kenalah saya laksanakan sebaik mungkin. Banyakkan bertanya kepada guru2 PJK yang dah expert seperti Mr. Wong, En. Rosli and Kak Ros. Nasib baik mereka tak lokek ilmu dan sanggup membimbing saya yang tak tahu apa ni... hehehe... thanks a lot!!! Selain itu, kerja2 guru kelas, guru pengawas and guru koperasi masih lagi melekat pada diri saya. hahaha... mula2 memang rasa ragu2 sama ada boleh buat atau tak. kelam kabut juga awal2 tahun dulu. tetapi lama kelamaan, ia menjadi rutin yang lancar dan mudah diikuti. alhamdulillah...