September 5, 2009

tHe FiRsT oNe

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam blogging saya tujukan kepada dunia blog dan para bloggers sekalian.

Alhamdulillah, syukur kepada Maha Pencipta kerana dengan keizinanNya dapat saya membina blog saya sendiri. Sebenarnya, 2 tahun lepas saya pernah membina blog tetapi disebabkan kesibukan saya memenuhi keperluan sebagai seorang mahasiswa, blog tersebut terkubur begitu sahaja. Besar harapan dan doa saya agar blog ini dapat saya tadbir sebaik mungkin. Insya Allah.

SIAPA Nurfatin Jamaludin?
Saya dilahirkan sebagai seorang muslim, anakanda sulung kepada Tuan Haji Jamaludin bin Ishak dan Puan Kamalia binti Mohd Ariffin. Keluarga kecil saya juga diserikan oleh dua adinda yang amat saya sayangi iaitu adinda Nurfarhamna dan adinda Mohamad Afiq Iqbal. Saya berumur 24 tahun pada 28 Ogos 2009 yang lalu dan sedang berkhidmat sebagai seorang pendidik di SMK Kamunting, Perak.

Dahulunya saya merupakan bekas mahasiswa jurusan Sains dengan Pendidikan di USM Pulau Pinang dari 2004 hingga 2008. Saya juga adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (1998-2002) dan Sekolah Kebangsaan Long Jaafar (1993-1997). Selepas habis Tingkatan 5, saya telah mengikuti program matrikulasi di Kolej MARA Kulim selama 1 tahun. Bercakap mengenai zaman belajar, memang menyeronokkan. Banyak pengalaman yang saya perolehi semasa menuntut. Insya allah, saya akan berkongsi cerita-cerita menarik di dalam blog saya ini.

Sampai di sini sahaja coretan saya kali ini. Semoga bertemu lagi dalam post yang akan datang.

N_F_J
15 Ramadhan 1430H

No comments:

Post a Comment