May 23, 2011

Kerja, Kerja dan Kerja

Bismillahhirrahmanirrahim,

Minggu ni merupakan minggu terakhir sesi persekolahan bagi semester pertama 2011. Fuhhh, memang pantas masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak masuk pertengahan tahun. Lagi hebat dari F1! hehehe.

Buat pelajar2 di SMK Kamunting, selamat meneruskan perjuangan dalam menjawab soalan2 peperiksaan pertengahan tahun. Esok dan Khamis pelajar2 tingkatan 1 akan menghadap soalan2 Matematik special daripada Puan Nurfatin. Mungkin ini merupakan kertas soalan peperiksaan terakhir saya di SMK Kamunting. Semoga kalian dapat menjawab dengan tenang dan betul. Amin.

Esok juga suami yang disayangi bakal menginjak 34 tahun umurnya. Minta maaf kerana tidak dapat menyambut hari lahir bersamamu (first time as husband & wife) lantaran tugas masih belum selesai. Insya Allah, jika ada rezeki kita akan celebrate ye abg! Saaaaayang abg!

25 Mei ~ Keputusan pertukaran guru dijangka akan diumumkan. Permudahkan segalanya Ya Allah!

Kerja2 penutupan akaun Koperasi masih lagi berjalan. Saya setia berusaha untuk mengemaskini penyata syer bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2011. Puan Amani, sahabat dan rakan sekerja saya juga bertungkus-lumus menyiapkan akaun. Kami bakal berkampung di Lumut pada 26 Mei hingga 28 Mei ini untuk Bengkel Penutupan Akaun anjuran ANGKASA. Banyak lagi yang perlu kami siapkan sebelum bertolak ke sana. Tak dapat 100% pun, 80% siap pun dah kira ok. Selebihnya boleh continue di bengkel tu nanti. Ganbate!!!

Itu la kerja, tak akan berakhir. Jika tangguh, akan menimbun. Jika selesai, yang baru akan muncul. Apa2 pun, lakukan sebaik mungkin dan setakat mana yang mampu. Manusia bukan mesin. Jangan terlalu taksub dengan kerja hinggakan perkara2 sekeliling yang memerlukan perhatian kita, diabaikan.

Selamat bekerja dan beramal.

May 16, 2011

Setahun yang Lalu

Selamat Hari Guru buat semua pendidik di Malaysia.

Alhamdulillah, sudah 3 tahun saya menyambut Hari Guru. Rasa macam baru semalam dapat surat posting. Hehehe. Masa memang pantas berlalu.

Pejam, celik, pejam celik... Setahun telah berlalu, ish2...cepatnya

16 Mei 2010 ~ pertama kali saya berjumpa dan bersua muka dengan Encik Ahmad Solhi, yang kini telah selamat menjadi suami saya.

Takdir Allah menemukan kami pada Hari Guru. Signifikan pada kami yang dua2 bertugas sebagai pendidik. Memori indah yang sangat bermakna dan akan saya kenang hingga ke hujung nyawa.

Buat suamiku,

Selamat Hari Guru.

Terima kasih kerana hadir di rumahku pada 16 Mei 2010. Kehadiranmu, mengubah hidupku menjadi lebih bahagia, gembira dan penuh dengan kasih sayang.

Semoga kasih sayang kita berpanjangan hingga alam syurga.

~ Yang pertama... harap2 bukan yang terakhir ye abg ~



May 4, 2011

Hanya Untukmu

*Saat berselisih faham, rasa geram ~ ~ sangat

tapi...

after tsunami reda,
sayang makin mendalam,
rindu bertambah,
peratusan kepercayaan meningkat
ish2...macam ni rupanya

PELIK + AJAIB

patut la orang tua2 ada berpesan

"Marah tandanya sayang,
benci lama2 jadi sayang"

~ Ku amat mencintai kamu ..

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

menantikan hadirnya si dia...

Ya Allah, perkenankanlah... Amin