September 10, 2009

Heading to Penang

This picture was taken in Mac 2008
From L-R : Haina, Syafa, Zam, Areen, Ain, Fatin and Amalina

Assalammualaikum.

Alhamdulillah hari ni genap 20 hari umat Islam berpuasa. Cepat saja masa berlalu. Saya masih dapat rasakan yang baru sahaja kita mula puasa. Dalam masa yang sama, saya rasa macam ini merupakan puasa saya yang terakhir. Sebelum ni, time kanak-kanak ribena dulu, bila Ramadhan dah sampai ke penghujung happy sangat. Berbeza sekali dengan sekarang ni. Rasa sedih bila fikirkan, "adakah ini Ramadhan terakhir ku sebagai hamba Allah dimuka bumi ini?" or "mungkinkah aku akan hidup lagi pada Ramadhan akan datang?". Persoalan tu bermain dalam fikiran saya akhir-akhir ni. Mungkin Allah timbulkan fikiran dan perasaan ni pada saya supaya sentiasa beringat bahawa hidup ini singkat dan kewajipan saya memenuhi hidup ini dengan tuntutan sebagai seorang hamba Allah. Thanks Lord!

Persiapan untuk Aidilfitri, ala kadar sahaja. Sejujurnya, saya belum rasa suasana dan perasaan untuk beraya. Mama dah mula membakar kuih dan baru je tadi mama minta tolong saya gantungkan langsir 2 tahun lepas. hehehe. Jadila, kata mama. Langsir tu masih elok dan sempurna, mengapa perlu dibeli yang baru. Betul juga kata mama. Tak perlu membazir, recycle is the best. Setakat ni, adik je yang beria-ia nak sambut raya. Baju and seluar ada la 3 pasang. Adik, adik... memang manja dengan barang-barang ni. Adik saya tengah membesar. Bulan ni beli baju, 2 bulan berikutnya dah tukar saiz. So, tak mengapalah kalau berlebih sikit untuk adik. Adik siapa? Adik saya juga...hehehe.

Insya Allah, esok saya akan turun Penang berjumpa dan berbuka puasa bersama-sama rakan seperjuangan di USM suatu ketika dahulu. Perancangannya, saya akan bertolak dari sekolah selepas habis waktu sekolah esok. Tak sabar rasanya nak jumpa rakan-rakan lama. Banyak yang nak dikhabarkan dan banyak juga yang mahu saya dengar. Bayangkan, hampir setahun tak berjumpa. Kali terakhir, masa majlis Konvokesyen USM 2008. Lepas konvo, masing-masing bawa haluan sendiri. Ada yang bekerja, sambung belajar dan yang berkeluarga pun ada. Jadi, mengambil keberkatan dan kesucian Ramadhan ni, kami akan bertemu esok. Doa saya, agar pertemuan ini akan diberkati Allah SWT dan memberi kenangan manis pada kami semua.

Sampai di sini dahulu kali ini.

c all of u soon friends

N_F_J
20 Ramadhan 1430H

No comments:

Post a Comment