Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah saya masih lagi bernafas untuk meneruskan agenda sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini.
Pada 11 September yang lalu, seperti yang dirancang, saya bertolak dari Kamunting menuju ke Pulau Mutiara. Right after the school bell rang, saya pun memandu la AGU kesayangan saya tu. hehehe. Perjalanan smooth, tak jammed. Cuma sesak sedikit semasa susur masuk ke Penang Bridge. Kenderaan bersusun menuju ke Seberang Prai. Saya agak terkejut kerana susur masuk ke Penang Bridge telah diubah kedudukannya iaitu right after kawasan berbukit selepas Juru. Memang kagum la dengan perkembangan pesat kat situ. Time belajar dulu lain, sekarang dah lain.
Perjalanan ambil masa lebih kurang one hour la. Saya bawak area 110-120km/hour. Tak berani speed lebih-lebih. Takot ada pak polisi beri surat cinta nanti. hehehe. Badan terasa penat dan agak mengantuk. Tetapi pabila mengenangkan kawan-kawan yang akan saya jumpa, kurang la sikit penat and mengantuk tu. Sampai atas bridge satu lagi kejutan buat saya. "fuyoo, 3 lanes tu!!!". Percaya atau tidak, itulah ayat pertama terpacul dari mulut saya ni apabila saya sedar yang Penang Bridge telah berubah wajah. Dari 2 lanes dah jadi 3 lanes. Rasa nak tergelak pulak bila fikirkan apa yang terpacul dari mulut saya. Memang terkejut time tu. Ye la, dah setahun tak jejakkan kaki ke Pulau Mutiara dan lalu Bridge ni. Of course la banyak yang berubah. Memang selesa sangat bawak kereta hari tu. Rasa lapang je walaupun kereta banyak. Motosikal plak takda la nak berhimpit-himpit dengan kereta or lori lagi. =)
Saya sampai di USM jam 7 malam. Then, terus menuju ke Rumah Antarabangsa di mana my best friend, Nurullizam Jamiat berada di sana. Memandu dalam USM, saya dikejutkan lagi dengan perubahan mendadak kawasan sekitar USM. Macam-macam muncul semenjak saya tinggalkan USM. Banyak binaan dan bangunan dibina. Desasiswa Cahaya tempat saya menghabiskan tahun ke-4 semester 1 saya dah lenyap dan diganti dengan bangunan baru. Tak tahu pulak sama ada bangunan tersebut untuk desasiswa atau fungsi lain. Rasa sedih gak, tempat kenangan dah tak da. Lain sangat pemandangan. =(
Sampai di bilik Cik Zam, apa lagi, macam-macam la citer keluar sementara menanti saat berbuka. Kami, kalau jumpa memang tahap tak ingat ape dah. Masing-masing dengan cerita tersendiri. Ye la, selalunya tak jumpa dalam 2-3 bulan. Kali ni, almost setahun tau. Tengah2 bercerita tu, azan maghrib berkumandang dari Masijid USM. Kami berbuka dengan kurma dan air kosong je. Then solat maghrib. Plan untuk malam tu, after maghrib gerak ke tempat ikan bakar, then dari sana terus ke kelas latihan silat. Saya dan zam siap2 then turun to lobi and menunggu Azzim and TJ.
Rupa2nya, lelaki lagi lambat bersiap daripada wanita ek. hehehe. fakta terbaru untuk hari tu. Janji kul 8 tapi 8.10 baru show up. Azzim and TJ macam tu juga. Tak banyak berubah. Dah cukup team, kami gerak ke restoran ikan bakar. TJ yang tunjukkan jalan. Malam2 bawak keta kat penang memang menguji kesabaran sungguh. Keta laju and mata saya pulak bukan jenis mata kelawar, terang waktu malam. hehehe. Sampai kat restoran terus order and wait for sorang lagi ahli untuk dinner malam tu, Munzir. Banyak gak yang kami bualkan sementara menunggu order sampai. Saya perhatikan, Zam lebih terbuka and senang je cantas TJ and Azzim. Zam dah pandai mengusik. Tak macam zaman dulu2, zam la orang yang senang diusik dan dibuli oleh saya, azzim and TJ. Mungkin perubahan berkait rapat dengan pergaulan zam dengan mereka. Ye la, dah dua orang tu je yang tinggal. So, kena pandai2 masuk korum la zam. But you done a great job. Seronok gak tengok TJ and azzim kena pangkah. hahahaha. Satu lagi benda yang un"sangka"rable, keakraban zam dengan encik munzir. Pergh...ingat lagi, dulu kami cukup anti dan menyampah dengan munzir. (sorry ye munzir) Alih2 zam kamcing plak dengan munzir. Odd tapi I understand the reason. Sama je macam kes Azzim and TJ tadi. Bila fikir balik, kesian plak dengan zam. Dia jadi lone ranger and nak tak nak kena pandai bawa diri. TJ, Azzim and Munzir, perfect la untuk take care Zam. Ada bodyguard tu....respect la ZAM! hehehe. Order sampai, kami terus menikmati rezeki untuk malam tu. Memang sedap. TQ ye sebab buatkan saya tak teragak membayar RM95 untuk set yang lazat dan menyelerakan. Best dinner!
Kami bertolak balik ke USM dan terus heading to tempat latihan di Pusat Pengajian Farmasi. Segan rasanya nak memunculkan diri sebab saya dah lama tak jenguk tempat latihan ni. Agak2 dalam setahun lebih la. Msa sampai, students dah ada. Panaskan badan dengan buah asas. Terpegun sekejap sebab ramai ahli level 100 malam tu. Kenangan lama terus menerpa dalam fikiran. Tersentuh la sekejap sebab senario malam tu sebijik macam saya lalui 5 tahun dulu iaitu semasa saya tahun 1 di USM. Kami ahli level 100 ramai2 belajar atas simen di laluan utam PP farmasi tu. Pada mulanya, badan memang lebam2 and sakit2 coz jatuh atas simen. Tapi lama kelamaan jadi seronok plak. Kenangan yang tak mungkin dilupakan. hehehe. Malam tu jumpa dengan Ain, Mama, Abg Rosli, Abg Raja, Abg Mat, Abg Latif dan atuk rock, Abg Zul. Dr Majid dan Abg John takda malam tu. Lama bersembang dengan mereka semua. Banyak cerita keluar. Dari perihal persatuan, USM sampai la pada personal. Memang best melepak dengan abg2 ni semua. Mereka tak lokek cerita, ilmu, maklumat dan jenaka. Memang best. Dulu2 pun, selaku Exco, saya dan rakan2 exco yang lain akan berkumpul mendengar apa saja cerita daripada abg2 ni. Exco selalu balik lambat so itulah peluang untuk kami mendekatkan diri dengan orang2 lama dalam persatuan ni sekaligus mendengar cerita2 best daripada mereka.
Selapas tamat kelas latihan, kami bergerak ke Restoran Subaidah di Sg Dua. Restoran ni dan Khaleel la tempat kami melepak dulu2. Selalunya lepas abis kelas latihan azzim mesti ajak kami minum or makan. Memang best dapat leader macam azzim, caring habis dengan anak2 buahnya. Zaman saya takda kenderaan, saya akan bawak moto azzim and zam sebagai partner. Takda lesen tapi belasah je. Lepak kat Khaleel la. Bila dah ada kenderaan sendiri (Viva AGB 5504), barulah upgrade pi Subaidah. hehehe. Lama juga kami lepak di Subaidah. Saya minum air je, kenyang dinner tapi masih terasa so tak makan la. Lepas masing2 dah tak larat nak bersembang and buka mata, so tiba la masa untuk balik and tidur. Saya, ain dan zam balik la ke rumah antarabangsa. Malam yang best!
Jam 7.30, saya hantar zam ke airport penang. Penerbangan zam ke KL pada 8.30pagi. Saya just drop zam di luar saja. Selamat jalan zam. Moga Allah merahmati dirimu dan selamat hari raya. Area 11 pagi, saya dan ain bergerak ke Queensbay Mall. Saja jalan2. Best tau Queensbay Mall ni. Banyak pilihan. Dulu selalu tengok wayang dengan Kak wani, Zam and Nor. Memang tempat kenangan la. hehehe. Lepas 2 jam berjalan2, kami decide sudah sampai masa nak bertolak ke destinasi masing2. Dalam 1.30, saya pun bertolak ke Taiping, membawa sebuah kenangan 18jam yang indah. Terima kasih Zam, TJ, Azzim, Ain dan semua. Doa saya semoga Allah pelihara dan lindungi persatuan seni silat cekak malaysia, pulau pinang dan USM. Semoga Silat cekak subur di bumi USM. Amin.....

