September 5, 2011

Transisi

Assalammualaikum


Salam Aidilfitri untuk semua umat Islam di seluruh pelosok dunia... Salam Dunia <<< M.Nasir's Quote


Ish3... Agak lama diri ini menyepikan diri. Bukan tiada masa tapi masa telah dipenuhi dengan aktiviti2 lain yang menuntut perhatian diri ini.


Jun 2011 : Saya memulakan tugas di SMK St. Xavier, Pulau Pinang. Berat hati meninggalkan SMK Kamunting, tetapi demi tanggungjawab seorang isteri, saya harungi juga perpisahan ini. Buat warga SMK Kamunting, semoga kita bertemu lagi. 


Julai 2011 : Saya dan suami memulakan fasa kehidupan yang baru di Taman Desa Murni, Sungai Dua. Rumah yang kami sewa ini, tidaklah segah dan secantik rumah kedua2 ibu bapa kami. Tetapi bagi saya dan suami, ia sudah memadai untuk kami berteduh dan menjalankan kehidupan berkeluarga. 


Ogos 2011 : Pertama kali berpuasa di samping suami yang saya sayangi dan cintai. Sungguh membahagiakan. Bangun awal2 pagi menyediakan makanan untuk bersahur dan bertungkus-lumus pada sebelah petangnya bagi menyiapkan juadah berbuka. Suami pula, rajin membantu mana2 yang termampu. Terima kasih sayang!


28 Ogos 2011 ~ Hari ini genap 26 tahun saya bernafas di bumi ALLAH ini. Alhamdulillah. Buat Mama, Abah, Dikna, Afiq, keluarga mertua dan rakan2, terima kasih atas ucapan kalian...DAN kepada encik Ahmad Solhi, terima kasih atas kasih sayang yang diberikan (dan Baby-G)...I love you ~


30 Ogos 2011 : RAYA!!! Best raya tahun ini. Tahun lepas saya sibuk dengan persiapan majlis pertunangan, jadi sambutannya ala kadar sahaja. Tetapi berlainan dengan sambutan raya tahun ini sebab tahun ini dapat beraya dengan suami, keluarga mertua dan of course keluarga saya. Dari hari raya pertama hingga ke-6, saya dan suami terus menerus berjalan2 meraikan hari raya. Merata tempat kami jelajahi. Walaupun penat satu badan tapi sangat seronok. 


5 Sept 2011 : Sekolah bermula... (sad) Kerja, kerja dan kerja..... "Bila la boleh cuti lagi?"


~ Till the next post...tatatititutu... Assalammualaikum ~