February 13, 2011

LiFe AdJuStMeNt

Assalammualaikum

Hampir pertengahan Februari, kehidupan masih dalam proses penyesuaian. Banyak perkara baru yang perlu difahami, dipraktikkan dan dihayati. Pe
rkara2 lama yang elok, masih lagi diteruskan. Perkara2 yang buruk, cuba dikikis sedikit demi sedikit. Cuba dibuang jauh2, sedaya mungkin.

Alhamdulillah, tugas2 sebagai isteri tidak begitu nyata lantaran hidup berasingan dengan suami. Hujung minggu kami bertemu. Banyak yang dibualkan dan dibincangkan. Kadang2, tak perlu berkata2. Renungan dan senyuman, dapat menjadi penyembuh rindu suami dan isteri. Saya bahagia. Satu perkataan yang tidak perlu dihuraikan...Bagi yang telah menemui bahagia, nikmatilah ia selagi ada. Tetapi bagi yang belum menemui bahagia, bukalah tangan dan hati seluas mungkin dan pabila bahagia mula menyapa, dakaplah ia erat2 dan rasai keindahannya...

Penghujung Januari, seorang sahabat saya telah selamat menjalani pembedahan. Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya. Buat sahabat saya dan kelua
rganya, semoga kalian tabah menghadapi ujian dari Allah ini. Ingatlah, Allah memberi ujian kepada hambaNya yang mampu mengharungi ujian tersebut. Semoga cepat sembuh dan kembali bertugas. Insya Allah.

Kepada Nur Syafawati Che Ali, sahabat saya yang disayangi, selamat pengantin baru! Welcome to the club! Semoga bahagia di dunia dan akhirat ~ cinta hingga syurga ~ Barakallah...


~ teringin Putu Bambu ~



Jumpa lagi! tata...




February 1, 2011

Kehidupan Baru

Assalammualaikum

dah lama sangat tak update blog, almost 2 months. 3 minggu lepas, suami berkata, "Update la blog tu." ish2...rupanya suamiku membaca blog ni...hehehe

SUAMI???

Alhamdulillah, pada 11 Muharram 1432H bersamaan 17 Disember 2010, dengan sekali lafaz, saya sah menjadi isteri kepada Ahmad Solhi bin Redwan. Saya bersyukur kerana majlis pernikahan berjalan lancar. Hujan membasahi Masjid Maimun, Kamunting tatkala pernikahan dilangsungkan. Rahmat daripada Allah dan semoga ia berpanjangan dalam kehidupan kami. Insya Allah.

~ tok kadi : Adakah saudari Nurfatin setuju abah menjadi wali pernikahan?
Fatin : setuju!
tok kadi : Adakah saudari Nurfatin setuju abah mengakadkan sendiri pernikahan ini?
Fatin : setuju!
tok kadi : Adakah saudari Nurfatin setuju untuk bernikah dengan Ahmad Solhi?
Fatin : (mengangguk)
tok kadi : setuju atau tak ni?
Fatin : setuju...
tok kadi : Mula2 tadi boleh jawab setuju, soalan akhir ni dia angguk je pulak (gelak) ~

~ Aku terima nikahnya... ~

~ before this shot, tangan menggeletar dengan hebatnya ~

~ Mas kahwin ~

~ I love you ~

Semasa post ini ditulis, suami saya berada di Bukit Mertajam dan saya berada di Kamunting. Kami tinggal berjauhan, lantaran tuntutan tugas masing2. Hujung minggu barulah dapat berjumpa. Jika ditanya perasaan, memang sayu kerana terpaksa berjauhan. Suami memujuk. Katanya, "Kita bernikah, berkahwin dan kemudian baru bercinta. Orang bercinta, dating hujung minggu,"

Terkesan juga kata2 suami, membuatkan saya melihat perkara ini dari sudut yang positif. Pertemuan pada hujung minggu, mengajar kami untuk menyesuaikan diri secara perlahan2, tidak mendadak. Sekurang2nya, pabila tinggal serumah nanti, tidaklah terkena "marriage shock"... hehehe. Di samping itu, tinggal berjauhan ni dapat meningkatkan kadar kerinduan dan keprihatinan kepada pasangan, mengurangkan perbalahan dan memastikan setiap masa yang diluangkan bersama dipenuhi sebaik2nya.

Doa saya, semoga Allah permudahkan urusan permohonan pertukaran saya nanti. Amin...

Terima kasih kepada ahli keluarga, ahli keluarga mertua, rakan-rakan, dan semua yang telah memeriahkan majlis pernikahan saya dan suami.

Untuk suamiku yang dikasihi, Ahmad Solhi, terima kasih kerana menerima diri ini menjadi suri di hati mu! Semoga kasih dan sayang kita berpanjangan hingga ke alam syurga.

~ Tiap hari sayang ~