March 12, 2012

Halfway there

Assalammualaikum


Alhamdulillah, masih bernafas di Bumi Allah ini. 


Asar tadi, YM Tuan Hj Ishak bin Itam telah kembali ke rahmatullah.
ALFATIHAH...semoga almarhum ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman dan soleh.


---------------------------------------------------------


Rabu ini, genap 5 bulan saya mengandungkan zuriat pertama kami. =) It's been wonderful time since we know about it. Last week, the baby start to kick and move...very active. But unfortunately my lovely hubby can't feel the movements, yet. Baby, you should kick harder...hehehe


So far, dah banyak kali survey barang2 baby. Yang kami baru beli ialah set lampin. hahaha... Memang tak sabar nak beli baju, seluar, socks etc... tapi memandangkan jantina belum dikenalpasti, we just can only hold the eagerness to the cute apparel...sabar, sabar. =)




Separuh perjalanan telah saya dan suami lalui. Tinggal separuh lagi untuk ditempuhi. Semoga Allah permudahkan proses kehamilan dan kelahiran bayi sulung kami. Amin...


Buat suami yang sentiasa berada di sisi, I am happy to have half of you inside me and I am honored to be your wife and Insya Allah, mum to our kids...Luv you my dear!





September 5, 2011

Transisi

Assalammualaikum


Salam Aidilfitri untuk semua umat Islam di seluruh pelosok dunia... Salam Dunia <<< M.Nasir's Quote


Ish3... Agak lama diri ini menyepikan diri. Bukan tiada masa tapi masa telah dipenuhi dengan aktiviti2 lain yang menuntut perhatian diri ini.


Jun 2011 : Saya memulakan tugas di SMK St. Xavier, Pulau Pinang. Berat hati meninggalkan SMK Kamunting, tetapi demi tanggungjawab seorang isteri, saya harungi juga perpisahan ini. Buat warga SMK Kamunting, semoga kita bertemu lagi. 


Julai 2011 : Saya dan suami memulakan fasa kehidupan yang baru di Taman Desa Murni, Sungai Dua. Rumah yang kami sewa ini, tidaklah segah dan secantik rumah kedua2 ibu bapa kami. Tetapi bagi saya dan suami, ia sudah memadai untuk kami berteduh dan menjalankan kehidupan berkeluarga. 


Ogos 2011 : Pertama kali berpuasa di samping suami yang saya sayangi dan cintai. Sungguh membahagiakan. Bangun awal2 pagi menyediakan makanan untuk bersahur dan bertungkus-lumus pada sebelah petangnya bagi menyiapkan juadah berbuka. Suami pula, rajin membantu mana2 yang termampu. Terima kasih sayang!


28 Ogos 2011 ~ Hari ini genap 26 tahun saya bernafas di bumi ALLAH ini. Alhamdulillah. Buat Mama, Abah, Dikna, Afiq, keluarga mertua dan rakan2, terima kasih atas ucapan kalian...DAN kepada encik Ahmad Solhi, terima kasih atas kasih sayang yang diberikan (dan Baby-G)...I love you ~


30 Ogos 2011 : RAYA!!! Best raya tahun ini. Tahun lepas saya sibuk dengan persiapan majlis pertunangan, jadi sambutannya ala kadar sahaja. Tetapi berlainan dengan sambutan raya tahun ini sebab tahun ini dapat beraya dengan suami, keluarga mertua dan of course keluarga saya. Dari hari raya pertama hingga ke-6, saya dan suami terus menerus berjalan2 meraikan hari raya. Merata tempat kami jelajahi. Walaupun penat satu badan tapi sangat seronok. 


5 Sept 2011 : Sekolah bermula... (sad) Kerja, kerja dan kerja..... "Bila la boleh cuti lagi?"


~ Till the next post...tatatititutu... Assalammualaikum ~

May 23, 2011

Kerja, Kerja dan Kerja

Bismillahhirrahmanirrahim,

Minggu ni merupakan minggu terakhir sesi persekolahan bagi semester pertama 2011. Fuhhh, memang pantas masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak masuk pertengahan tahun. Lagi hebat dari F1! hehehe.

Buat pelajar2 di SMK Kamunting, selamat meneruskan perjuangan dalam menjawab soalan2 peperiksaan pertengahan tahun. Esok dan Khamis pelajar2 tingkatan 1 akan menghadap soalan2 Matematik special daripada Puan Nurfatin. Mungkin ini merupakan kertas soalan peperiksaan terakhir saya di SMK Kamunting. Semoga kalian dapat menjawab dengan tenang dan betul. Amin.

Esok juga suami yang disayangi bakal menginjak 34 tahun umurnya. Minta maaf kerana tidak dapat menyambut hari lahir bersamamu (first time as husband & wife) lantaran tugas masih belum selesai. Insya Allah, jika ada rezeki kita akan celebrate ye abg! Saaaaayang abg!

25 Mei ~ Keputusan pertukaran guru dijangka akan diumumkan. Permudahkan segalanya Ya Allah!

Kerja2 penutupan akaun Koperasi masih lagi berjalan. Saya setia berusaha untuk mengemaskini penyata syer bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2011. Puan Amani, sahabat dan rakan sekerja saya juga bertungkus-lumus menyiapkan akaun. Kami bakal berkampung di Lumut pada 26 Mei hingga 28 Mei ini untuk Bengkel Penutupan Akaun anjuran ANGKASA. Banyak lagi yang perlu kami siapkan sebelum bertolak ke sana. Tak dapat 100% pun, 80% siap pun dah kira ok. Selebihnya boleh continue di bengkel tu nanti. Ganbate!!!

Itu la kerja, tak akan berakhir. Jika tangguh, akan menimbun. Jika selesai, yang baru akan muncul. Apa2 pun, lakukan sebaik mungkin dan setakat mana yang mampu. Manusia bukan mesin. Jangan terlalu taksub dengan kerja hinggakan perkara2 sekeliling yang memerlukan perhatian kita, diabaikan.

Selamat bekerja dan beramal.