Assalammualaikum
Pening kepala! Banyak perkara2 yang perlu diselesaikan menjelang hari pernikahan dan perkahwinan saya. Bermula cuti sekolah, boleh dikatakan, setiap hari, AGU 2885 akan dihidupkan dan dibawa menyusuri segenap pelosok alam. Membeli itu ini, mencari pelbagai benda yang tak pernah terfikir nak dibeli sebelum ni. Memang memenatkan. Kaki lenguh, badan lesu... dan dompet mengempis! Huhuhu.
Itu cerita siang. Malamnya, dah tentu la terbaring kepenatan disebabkan aktiviti yang aktif di siang hari. Tapi dalam kepenatan, saya gagahi juga mata dan minda, mengadap nota dan assignment untuk Induksi KISSM pada 13-15 Disember nanti. Sambil2 ngadap nota, FB sentiasa on...hahaha. Bukan apa, jika jammed kepala ni, usha2 gambar2 menarik dalam FB or layan video or menitipkan komen2 di wallpaper rakan2 =)
Semalam, tunang saya datang dari Bukit Mertajam untuk fitting baju nikah dan kenduri. Hari yang membahagiakan bersamanya. Gelak tawa dan senda gurau selama 3 jam, dapat juga mengubat kerinduan saya. Masih ada malu2 di antara kami, tapi tak la seperti awal2 perkenalan dulu =) Alhamdulillah, Allah masih melindungi kami. Buat Ahmad Solhi, terima kasih. Mungkin itu pertemuan kita yang terakhir sebagai tunang. Insya Allah, dua minggu lagi kita akan bertemu di penghujung rindu sebagai Suami dan Isteri. I'll be waiting for you my dear!
Dalam sibuk2 membuat persiapan, saya tidak lekang diajukan dengan soalan-soalan seperti;
"Dah ready ke belum?"
"Persiapan macam mana?"
"Dah cukup ke ilmu?"
Saya hanya mampu senyum je. Sebabnya, saya tak ada jawapan. Tapi kalau tanya pasal perasaan, ha! yang tu saya ada jawapan. Sekarang ni, pelbagai perasaan singgah dalam hati dan jiwa ni. Rasa tak percaya, takut, risau, ragu2, sedih, gembira, bahagia, malu, geram... macam2 lah. Perasaan tu, asyik silih berganti, macam lampu isyarat kat jalan raya. Hehehe. Perasaan yang dirasa sekarang ni, lagi complicated berbanding masa bertunang dulu. Kadang2 malas nak layan... tapi, ia sangat la pandai mengganggu diri ini.
At last.......
Nurfatin Jamaludin pun bertanya lah kepada dirinya sendiri...
"Adakah aku sudah bersedia?"
WALLAHUALAM
congrats Fatin..jumpa nanti di induksi yah....
ReplyDelete