Assalammualaikum.
Hari ini merupakan hari kedua pertapaan saya di Perpustakaan Awam Taiping... sebab apa perlu pengasingan or pertapaan ini? Kalau dok dalam rumah, memang kerja tak leh jalan. Sama ada mama ajak keluar untuk mencari or membeli sesuatu, atau tarikan TV dan katil yang sangat kuat... hehehe. Itu la sebabnya, saya perlu merajinkan diri ke perpustakaan ini. Jika dihitung sudah hampir 2 tahun tidak mengunjungi perpustakaan. Kali terakhir semasa zaman belajar di USM. Seronok dok dalam perpusatakaan ni. Dikelilingi mereka yang sememangnya penuh semangat untuk menelaah, mencari maklumat, menyelesaikan assignment, membuat rujukan, berbincang dan sebagainya. Jadi, fokus utama saya tidak lari disebabkan persekitaran yang begitu kondusif untuk menyiapkan assigment induksi.
Perpusatakaan ni tidak la besar. Anggaran saya, ia boleh memuatkan 200 orang pada satu-satu masa. Suasananya tenang, persekitaran bersih dan yang paling best, air-cond yang tersangat la sejuk. Semasa entry ini ditulis, saya duduk seorang diri di meja yang boleh menempatkan 6 orang. Buku2 rujukan bersepah di atas meja, itulah sebabnya saya memilih untuk duduk di meja yang besar! =)
Bertentangan dengan meja saya, duduk sekumpulan pelajar2 yang sedang bertungkus lumus mengulangkaji untuk peperiksaan SPM. Tabik untuk mereka kerana masih rajin turun ke sini untuk membuat persiapan terakhir bagi kertas Kimia hari Isnin ni.
Bersebelahan dengan meja saya pula, duduknya seorang lelaki dan seorang perempuan. Lagaknya seperti pasangan kekasih. Mesra, cakap romantik. Alhamdulillah, tiada aksi-aksi yang menyakitkan mata tetamu perpustakaan ni. =) Mereka masih tahu adab dan sopan. Thank you!
Itulah sedikit jamuan mata saya, tatkala letih mengadap buku2 dan assignment. Masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk Induksi ni. Ulangkaji dilakukan pada waktu malam. Saya suka suasana sunyi dan nyaman pada waktu selepas tengah malam.Best membaca time tu. Semua dah tidur dan saya sorang2 bangun. Macam Harry Potter yang terpaksa bangun tengah malam, menyorok bawah selimut dan menyalakan Magic Wandnya. hehehe. Cuma bezanya, saya tiada Magic Wand dan tidak perlu menyorok...hahaha
Harry Potter....tidak sabar menunggu hari Rabu ini. Afiq akan selesai bertarung dalam SPM dan sebagai meraikan tamatnya status Afiq sebagai pelajar sekolah, saya diajak menemaninya menonton Harry Potter. Sudah lama saya ingin menonton filem ini, tetapi demi menghormati dan memberikan sokongan moral kepada Afiq, saya terpaksa menangguhkan keinginan tersebut. Semoga perancangan ini dipermudahkan.
Itu saja untuk kali ini. Mata dah cerah semula dan idea untuk assignment mencurah2 masuk dalam minda ini. (Cepat, cepat...nanti hilang plak!)
Jumpa lagi!
~ sambung buat assignment ~
No comments:
Post a Comment