July 16, 2010

Inikah jalanku?

Assalammualaikum...

Setelah rombongan pulang pada petang itu, mama and abah bertanya kepada saya...

Abah : Macam mana atin?
Fatin : (diam... tak tau nak jawab apa)
Mama : Mama tengok orangnye.... ape ke namenye... solihin?
Fatin and Abah : SOLHI....
Mama : Ha, solhi... Mama tengok Solhi tu elok je orangnye. Family dia pun ok.
Abah : Macam mana atin?

Saya terdiam. Tak tahu apa nak dijawab..... banyak perkara bermain2 dalam fikiran.

1. Bersediakah saya menjadi isteri?
2. Tak kenal dengan si dia, boleh ke hidup bersama?
3. Macam mana dengan calon seorang lagi?
4. Si dia nak ke pada kita?
5. Boleh ke nak membuka hati yang telah lama tertutup ini?
6. CINTA??? Ish...

Fatin : Atin fikir dulu abah ....
(jawapan melepaskan diri)
-----------------------------------------------------------------------------------------
17 Mei 2010

Majlis Sambutan Hari Guru berjalan lancar dan sempurna. Tetapi tidak selancar fikiran saya ketika itu. Masih lagi terbayang2 pertemuan dengan keluarga En Redwan dan juga pertanyaan abah. Jasad je yang bergerak, fikiran melayang entah ke mana. Hari pertama selepas pertemuan, tiada tanda2 si dia mahu berbincang dan sewaktu dengannya... so, anggapan saya, " Dia tak berminat kot. Entah2 hari tu kena paksa datang ke rumah"

18 Mei 2010

Usai solat subuh, mama muncul di pintu kamar saya. Mama memberitahu bahawa keluarga Ahmad Solhi setuju untuk memanjangkan perhubungan ini. Saya terdiam. Kata mama, mereka nak datang hantar tanda hujung minggu ni. Saya terkedu pulak.

Fatin : Keputusan setuju tu datang dari siapa? Puan Halimah? En. Redwan? Solhi?
Mama : Tak tahu la. Hang telefon la Solhi, tanya dia.
Fatin : Mana ada no phone dia...
Mama : Astaghfirullah... korang berdua ni tak pernah cakap dalam telefon ke?
Fatin : Mana pernah, ahad hari tu la first time jumpa. Suara dia pun atin tak tau.
Mama : Ish2... takpe. Nanti mama suruh abah kasi no phone atin kat En. Redwan and minta En. Redwan suruh Solhi call atin... budak2 ni la....

----------------------------------------------------------------------
Petang tu, abah called saya, menyatakan hasrat pihak sebelah sana. Saya kata pada abah, malam ni kalau Solhi call, kami akan bincang tentang perkara ini...

kalau dia call.... kalau tak?


1 comment:

  1. fatin, i baca blog kau, i think u can write a novel about your life after that. very inspiring lah...

    ReplyDelete