Setelah 2 minggu berlawan kata dan emosi dengan Kak Mihah dan diri sendiri, maka tibalah masa untuk bersua muka buat pertama kalinya dengan si dia. Perasaan??? Banyak dan bercelaru. Bercampur aduk, macam orang buat acar timun. Ada timun, ada nenas, ada sos, ada cuka dan ada kacang. Hehehe... Pagi ahad tu, masih boleh senyum2 takut... Bila masuk zohor, dah jadi senyum2 kelat and masuk je asar dah pucat lesi... =P.
Sebelum tetamu datang, saya sempat membantu mama menyiapkan hidangan untuk petang tu. Ala kadar sahaja hidangannya, bihun Singapore and air teh panas. Harap2 depa suka =) Dikna and afiq tolong2 kemas umah. Tak banyak yang nak dikemas because baru je minggu sebelumnya depa dah datang... hehehe (cepat kan?)
5.15 petang, hari yang sama
Usai solat asar, saya bersiap seadanya... Baju kurung color ungu, merangkap baju konvo saya dan tudung ungu yang bersaiz M (selalu pakai saiz S)... hehehe. Bedak asas and lip balm. Itu je. Tak da hati pun nak beria2 bersolek. Biar depa tengok muka takda make up, supaya depa tidak rasa tertipu di kemudian hari. =)
Dah selesai bersiap, saya duduk di birai katil... mengenang kembali usikan pertama Kak Mihah. Terlalu pantas segalanya. Walaupun perkara ini mengganggu fikiran dan emosi saya, tetapi saya merasakan bahawa inilah pengalaman manis yang tidak mungkin saya lupakan. Jadi atau tidak, itu perkara kedua. Yang penting, pengalaman sudah saya perolehi daripada proses ini. Mahu atau tidak, seseorang wanita itu akan melalui detik2 sebegini kerana ia adalah satu proses ke fasa yang seterusnya dalam hidup. Bak kata Amani, sahabat saya "Tak pa atin, jangan takut2. Sekurang2nya hang dah ada pengalaman tentang perkara ni." Baiknya seorang sahabat memandu saya ke arah yang positif. Alhamdulillah....
"Kalau jadi, macam mana?" tiba2 saya terfikir akan kemungkinan tersebut. "Bersediakah saya meninggalkan abah, mama, dikna and afiq? Bersediakah saya menjadi isteri? Bersediakah saya menjadi menantu dan ipar? Bersediakah saya menjadi ibu?"..... Saya terdiam sambil membelek2 gambar family dalam handphone. "Ya Allah, Kau telah memberikan 25tahun yang indah bersama keluargaku. Alhamdulillah..." Air mata menitis tanpa saya sedari.

5.40 petang
Bunyi enjin kereta mematikan lamunan saya. Cepat2 saya melihat ke luar tingkap. Ya...tetamu sudah selamat tiba. Saya bangun dan terus mencapai tisu, membersihkan sisa2 air mata. Saya lihat mama masih lagi bersiap. Abah dan dikna sudah bersedia menjemput tetamu masuk ke rumah.
DUB, DAB, DUB, DAB ...
tangan dan kaki sudah sejuk. Hanya bibir saja yang mampu berzikir, memohon ihsan daripada Allah supaya memberikan ketenangan kepada diri ini.
Abah : Atin, marilah keluar. Abah nak kenalkan atin dengan depa.
Atin : Sekejap, tunggu mama dulu.
Mama : Ok, jom.
"Assalammualaikum..."
Itulah perkataan pertama yang mampu keluar daripada mulut saya ketika kaki melangkah ke ruang tamu. Penuh ruang tamu rumah saya petang itu. Rombongan terdiri daripada En. Redwan, Pn Halimah, Ahmad Solhi, Ahmad Al-Zubir dan nenda kepada Ahmad Solhi. Setelah berbalas salam dengan nenda dan Pn Halimah, saya terus duduk di sofa yang paling hujung. Pandangan masih difokuskan kepada abah. Tak sempat nak menjeling dan sewaktu dengannya.
Perbualan berlangsung...
Saya? duduk macam batu... tak cakap apa2 dan tak pandang mana2 pun.
Dok belek2 hujung tudung, belek2 jari... apa yang depa sembangkan pun saya tak tau. Muka rasa panas, tangan and kaki rasa kebas, segala2nya macam freeze masa tu. huhuhu
2 minit ... tak dengar pun suara si dia. Bisu ke?
4 minit ... gagap ke?
5 minit ... atau dia tak datang?
"hmmm... tak bleh jadi... kena berani untuk menjeling ni"
Bismillahirrahmanirrahim... saya angkat kepala sedikit demi sedikit dan terlihatlah oleh saya, wajah empunya diri yang bernama Ahmad Solhi bin Redwan.
My comment? "Dalam FB lain, live lain" hahaha...
Dari jauh, memang cukup sifatnya. =) Alhamdulillah
Nasib baik, masa saya menjeling tu, pandangan mata kami tidak bertemu.
Kalau tidak, wa...kantoi kaw2 punye, jeling anak teruna orang... =P
Setelah berpuas hati dalam 10 saat.. saya pun bangun perlahan2, meninggalkan ruang tamu yang terasa sesak itu. "Menyorok kat dapur orait gak ni." =P
Sampai dapur, bukannye boleh menyorok. Kena layan Dikna la plak...adoi
Dikna : Hensemnya...dalam FB biasa je. Tapi hari ni, nampak dia cerah dan hensem.
Fatin : Amboi, lebih nampak... cakap tu perlahan2 sikit ye... hehehe
Dikna : hahahaha
Fatin : Yang hang ni pi pakai t-shirt and track ni kenapa? tak reti nak pakai baju kurung?
Dikna : Please, ni bukan majlis Dikna k.. ni majlis kaktin... hahaha
Fatin : Pulak....
Petang tu, Kak Mihah, mak kak Mihah and 'Izzul datang juga. 'Izzul la penyelamat bagi perasaan gemuruh saya ni. Melayan 'Izzul membuatkan diri saya leka dan tidak pedulikan perbincangan yang berlangsung di ruang tamu.
Sedar2, tetamu dah habis makan... (ek, bila masa depa makan? hahaha)
Tiba masa pulang, Puan Halimah perlahan2 mendekati mama. Saya tidak dengar apa yang diperkatakan olehnya. Tetapi saya faham apa yang dibincangkan setelah mama berkata, "Saya tak kisah. Yang penting depa berdua yang akan buat keputusan. Kita hanya buat apa yang patut, yang lain2 terserah pada fatin dan solhi..." abah pun mengiyakan...
Sah... perihal perkahwinan.
Saya hanya mampu tersenyum pada masa itu...... runsing atau gembira? =P
to be continue.....
No comments:
Post a Comment