Bismillahhirrahmanirrahim,
Minggu ni merupakan minggu terakhir sesi persekolahan bagi semester pertama 2011. Fuhhh, memang pantas masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak masuk pertengahan tahun. Lagi hebat dari F1! hehehe.
Buat pelajar2 di SMK Kamunting, selamat meneruskan perjuangan dalam menjawab soalan2 peperiksaan pertengahan tahun. Esok dan Khamis pelajar2 tingkatan 1 akan menghadap soalan2 Matematik special daripada Puan Nurfatin. Mungkin ini merupakan kertas soalan peperiksaan terakhir saya di SMK Kamunting. Semoga kalian dapat menjawab dengan tenang dan betul. Amin.
Esok juga suami yang disayangi bakal menginjak 34 tahun umurnya. Minta maaf kerana tidak dapat menyambut hari lahir bersamamu (first time as husband & wife) lantaran tugas masih belum selesai. Insya Allah, jika ada rezeki kita akan celebrate ye abg! Saaaaayang abg!
25 Mei ~ Keputusan pertukaran guru dijangka akan diumumkan. Permudahkan segalanya Ya Allah!
Kerja2 penutupan akaun Koperasi masih lagi berjalan. Saya setia berusaha untuk mengemaskini penyata syer bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2011. Puan Amani, sahabat dan rakan sekerja saya juga bertungkus-lumus menyiapkan akaun. Kami bakal berkampung di Lumut pada 26 Mei hingga 28 Mei ini untuk Bengkel Penutupan Akaun anjuran ANGKASA. Banyak lagi yang perlu kami siapkan sebelum bertolak ke sana. Tak dapat 100% pun, 80% siap pun dah kira ok. Selebihnya boleh continue di bengkel tu nanti. Ganbate!!!
Itu la kerja, tak akan berakhir. Jika tangguh, akan menimbun. Jika selesai, yang baru akan muncul. Apa2 pun, lakukan sebaik mungkin dan setakat mana yang mampu. Manusia bukan mesin. Jangan terlalu taksub dengan kerja hinggakan perkara2 sekeliling yang memerlukan perhatian kita, diabaikan.
Selamat bekerja dan beramal.
No comments:
Post a Comment