Minggu ini pelajar2 SMK Kamunting telah mula memerah otak untuk menjawab soalan2 dalam Ujian 1 2011. Pelajar2 sesi pagi telah memulakan ujian pada Isnin, 7 Mac manakala pelajar2 sesi petang akan memulakan ujian pada esok hari, 9 Mac 2011. Selamat berjaya diucapkan kepada semua pelajar SMK Kamunting terutamanya kepada kelas 1RKA, 1P3, 1M2 dan 1M6. Semoga segala yang kalian pelajari selama ini dapat dimanfaatkan dalam ujian ini. Ujian bukanlah untuk menentukan gred tetapi ia menjurus kepada menguji tahap kefahaman pelajar terhadap pelajaran. Di samping itu, guru2 dapat membuat refleksi kendiri sama ada pengajarannya berkesan atau tidak. hehehe... nasihat untuk diri sendiri sebenarnya.
Minggu ini juga merupakan minggu akhir persekolahan sebelum pelajar2 dan guru2 bercuti pertengahan penggal I 2011. Tak sabar untuk cuti. 2 tahun sebelum ini tak begitu excited sebab time cuti sekolah saya akan kebosanan di rumah. Kalau ada fulus, ha...baru lah berjalan2 ke tempat2 peranginan. Berbeza dengan cuti tahun ni, ini lah masanya untuk menghabiskan masa dengan suami tercinta. 3 bulan kami bergilir2 travel antara BM ke Taiping, penat rasanya. 2 hari tak cukup untuk manja2 dengan suami... hehehe. So, cuti ni, dapatlah berdua2 untuk masa yang lebih panjang. Bagi saya, tak perlu pergi melancong or jalan jauh2 or buat aktiviti2 luarbiasa. Pergi ke tempat yang BIASA, melakukan aktiviti BIASA dengan seseorang yang dicintai & disayangi, ia akan menjadi LUARBIASA. Tak sabar menunggu hari Jumaat... Can't wait to be with you my dear!
Hujung minggu yang lalu,
Solhi : Fatin, petang nanti jom pi taman tasik. Nak naik angsa la... (senyum)
Fatin : La... masih ingat lagi ke...hehehe. Ye la, kalau tak hujan kita pi ye...
Solhi : (sengih) Ok...
Petang tu, ditakdirkan tidak hujan. Mendung saja. Saya, suami and adik keluar la ke taman tasik taiping. Memang excited. Kata suami, kita pi dating, kayuh angsa. Wah2...sebelum kawin tak dating, so sekarang dating kasi puas ati...hahaha. Adik tak naik angsa, sekadar duduk di tepi tasik. Dengan bayaran RM10, kami diberi masa 30 minit untuk mengayuh angsa sekitar tasik tersebut. Saya fikirkan mudah untuk mengayuh angsa, rupa2nya, fuh...sangat meletihkan. Susah sebenarnya nak menggerakkan angsa tersebut. Nasib baik la naik dengan suami (lelaki)...kalau naik dengan perempuan, lagi letih. 30 minit kami manfaatkan sebaik2nya. Seperti biasa, suami masih setia dengan DSLRnya. Banyak juga gambar yang suami snap.

Setelah berpeluh2 mengayuh angsa, kami menuju ke gerai makanan di belakang Balai Bomba Taiping. Teringin nak makan ABC, kata saya pada suami. Suami tersenyum. Faham sangat dengan perangai isterinya... Semasa kami tiba di gerai tersebut, ramai yang memenuhi meja di situ. Mungkin mereka juga seperti kami, selepas berekreasi di taman tasik, singgah untuk membasahkan tekak. hehehe. Suasana di situ memang happening la. Gerai2 Yong tau foo membarisi bahagian luar gerai, manakala bahagian dalam gerai dipenuhi oleh gerai yang menjual sate, minuman dan makanan goreng. Yong tau foo kat sini memang best (bagi saya la). Banyak pilihan. Harga pun ok.... Mula2 sampai tergoda juga dengan pemandangan sotong tergantung...tapi dapat juga tahan keinginan tu...hahaha. Kami hanya order, ABC dan satay...memang best! Yummy2...
Petang tu, memang romantik, best dan bermakna! Terima kasih untuk suamiku atas saat2 bahagia bersamamu.
P/S : Hargailah masa bersama insan2 yang kita sayangi, kerana masa yang berlalu tidak dapat diputarkan kembali.




tersenyum2 I setiap kali baca entry U :)
ReplyDeletetake care dear n gooood care of ur hubby :)