August 3, 2010

PANGGILAN PERTAMA

19 Mei 2010

"Assalammualaikum..."

Itulah perkataan pertama yang keluar daripada si dia. Penuh sopan si dia mengungkapkan salam dan mukadimah pada malam itu. Nada suaranya normal dan susunan kata mudah saya fahami. Alhamdulillah... Syukur kepada Allah kerana si dia adalah normal, tak la bisu. hehehe

Pertama kali bercakap dalam telefon dengan si dia, banyak perkara yang dibincangkan. Perihal diri masing2, keluarga, pelajaran dan kerja. Tidak terkecuali hal-hal berkaitan Silat Cekak. Keselesaan berbual wujud dengan sendirinya... Allah permudahkan segalanya.... Alhamdulillah

Fatin : Fatin nak tanya, persetujuan untuk meneruskan perhubungan ini datang daripada siapa?
Solhi : Saya, mak dan abah.
Fatin : Ok (alhamdulillah... dia bukan kena paksa untuk kahwin... hehehe)
Solhi : Cik fatin pulak, sudikah menjadi isteri saya? or bolehkah saya jadi your Mr. Right?
Fatin : (eh,eh...kantoi, tengok FB fatin... hehehe) (Romantik gak) Hmmmmm.... Fatin tak boleh jawab sekarang, bagi fatin masa boleh? Solhi sanggup tunggu?
Solhi : Insya Allah, saya tunggu...
Fatin : (lega...buat ayat melepaskan diri lagi)

Itu je yang kami bincang tentang perkahwinan... masing2 malu nak tanya and berbual tentang hal tersebut... hehehe.... After 1 jam 40 minit berbual, kami berhenti... cukup2 la, telinga dah panas and lenguh tengkuk bergayut... hehehehe

Perasaan? Dalam Hati Ada Taman! =)

Kesimpulan : Hati saya sudah tersentuh dengan keserasian dalam perbualan kami tadi. Time si dia bertanya mengenai kesudian saya menjadi isterinya, rasa terharu kerana bukan senang bagi seorang lelaki untuk mengungkapkan kata-kata tersebut jika dia tidak yakin dengan keputusan dan pendiriannya itu. Si dia sememangnya sudah bersedia untuk mendirikan masjid... tetapi, di dalam hati masih lagi ragu2... bagaimanakah si dia boleh bersetuju dalam kadar yang sangat cepat, sedangkan kami baru berjumpa sekali. Itu pun tidak bercakap mahupun bertentang mata. Ish... tak baik sebenarnya untuk meragui keikhlasan si dia memperisterikan saya, tetapi, saya ada hak untuk berfikiran sedemikian. Ye la, bagi mereka yang bercintan cintun, mungkin senang untuk membuat keputusan dalam hal berkahwin. Kenal dah lama, bercinta pun dah lama. Segala-galanya tentang pasangan sudah diketahui... Tetapi, dalam kes saya ni... bukan kata perangai dan sikap, muka si dia pun saya tak berapa nak ingat... hehehe... si dia pulak, tak tahu saya ni macam mana perangainya... hmmmm... susahnye....

Mama : Macam mana atin?
Fatin : Ok je sembang tadi.
Mama : Pi la jumpa. Tak sama bercakap dalam telefon dan bercakap secara live.
Fatin : Hmmmm.... tengok lah dulu
Mama : Atin buatla keputusan elok2... mama ikut atin sebab atin yang nak kahwin. Tapi bagi mama, dia dan keluarga dia dah cukup elok untuk atin. Depa datang dengan cara yang baik dan bertanya dengan cara yang baik. Insya allah segalanya akan baik.
Fatin : Nanti atin fikir....
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jumaat

Balik je daripada sekolah petang, abah and mama dah siap tunggu kat rumah. Abah minta saya duduk.

Abah : Atin, macam mana? En. Redwan nak datang hujung minggu ni, nak hantar tanda.
Fatin : Cepatnye! Atin takda apa2 keputusan lagi ni.
Mama : La... tak bincang dengan Solhi?
Fatin : Hari tu sekali je sembang. Bincang pasal kahwin, sikit je... Ingatkan nak kenal2 dulu. Alih2 terus nak hantar tanda. Ish...serius ke ni? Solhi tak da cakap apa2 pun hari tu.
Abah : Depa ni memang dah berkenan kat hang sangat! (senyum)
Mama : Mama terima je... Atin la, kot2 tak berkenan.
Fatin : (sape kate saya tak berkenan... hahaha) .... cepat sangat la...
Abah : Macam ni la, kita terima la pinangan depa tu. Abah setuju kalau dikira dari segi diri orang tu dan keluarga dia. Cuma yang lain2 seperti nak faham dan lebih kenal dengan dia, terpulang pada atin. Pandai2 la kenal dengan dia. Perlahan2... dan andai kata tak temui rasa serasi dan suka tu, kita cakap la elok2 dengan depa nanti. Hantar tanda ni tak bermakna kita kena teruskan ke peringkat seterusnya, jika kita tak nak sambung. Cuba la dulu...
Fatin : hmmmm.... insya allah (susahnye.... )
Abah : Atin pun dah nak masuk 25 tahun. Tepat timing untuk kahwin tu... Depa datang pun timing yang betul. Memang la dalam perkahwinan ni banyak cabaran. Kadang2 baik, kadang2 gaduh. Takut, memang takut. Tapi kalau tak hadapi, sampai bila2 pun tak kahwin la jawabnya. Abah tau atin pun, bukan jenis cintan-cintun ni dan sekarang pun bukan ada boyfriend. Abah setuju dengan cara atin, jadi bila depa datang macam ni, abah rasa lega. Sebab abah akan serahkan atin pada keluarga dan orang yang baik2. Insya allah, solhi ialah jodoh atin.
Fatin : (sebak la plak, abah cakap camni...isk2) Terima kasih abah and mama.
Mama : Esok kita bincang, apa nak cakap dengan depa hujung minggu ni. Bertunang, mas kahwin dan nikah.
Fatin : OK...
Abah : Dah azan tu...

* Itulah antara isi2 perbualan saya dengan abah and mama. Muka depa memang berseri2 bila cakap pasal hal ini. Tak pernah happy macam tu. Agaknya, sebelum ni, tengok saya Lone Ranger memanjang, menimbulkan rasa risau kot2 saya tak kahwin. Tapi bila ada orang masuk meminang, hati depa lega.... hahahaha. Abah and mama dah setuju. Yang di sana pun setuju. Cik Fatin?

+ nak fikir apa lagi fatin, terima je
- ishhh... fatin tak sedia ni....macam mana nak jadi isteri?
+ kalau nak tunggu sedia 100%, jadi andartu la nanti
- ingat senang ke nak hidup dengan orang lain, adik beradik pun dok bertekak je...huhuhu
+ memang la kawin dengan orang lain, mane leh kawin adik beradik... hahaha
- keluarga dia memang baik, si dia...rase2 baik jugak kot
+ Insya Allah...Tidak menderhaka kepada guru, ibu dan bapa...itu dah comfirm...=)
-
tapi, bukan ke dulu fatin tak nak calon dari Penang, cikgu, Silat and suka memancing?
+
Perancangan Allah Maha Hebat daripada perancangan diri sendiri Fatin....Subhanallah
- takutnye...ape nak buat ni?
+ berserah je la pada Yang Maha Esa, fatin

Bersambung....



2 comments:

  1. sape kate saya tak berkenan? muahahahha ;p sowi fatin, memang gelak sakan i bace neh. ehehe

    semoga segalanya dipermudahkanNYA. ^^

    ReplyDelete
  2. ow... gelak ye... hehehe
    I tak reti karang secara romantik.
    Kalau citer ni dapat buat you ketawa...
    ALHAMDULILLAH...
    Ketawa penawar duka and rindu... =)

    ReplyDelete